18 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru semua pihak agar terus menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Baginda bertitah, ini adalah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan daripada timbulnya kegelisahan di kalangan umat Islam di negara ini ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab yang masih berusaha menimbulkan soal agama.
"Sejarah membuktikan pemerintahan berasaskan ajaran Islam tidak pernah menafikan keadilan mana-mana golongan atau puak walaupun berlainan agama dan keturunan.
"Terengganu misalnya, adalah negeri yang terawal menerima Islam di Semenanjung Tanah Melayu dengan bukti penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang.
"Sejak itu, Islam telah menjadi agama anutan majoriti rakyat Terengganu namun, dalam masa yang sama, penganut agama lain masih bebas mengamalkan pegangan hidup mereka selagi tidak menjejaskan keamanan di negeri ini,” titah baginda dalam majlis Istiadat Penghadapan di Istana Maziah di sini hari ini.
Sultan Mizan yang baru sahaja menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 juga bertitah, perpaduan di kalangan umat Islam akan menjamin kedaulatan dan membina benteng kukuh agar agama Islam tidak disendakan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan