14 Disember 2011

penyeludupan minuman keras, rokok bernilai RM370,000 tumpas

18 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah membuka 51 kertas siasatan ke atas kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok membabitkan jumlah nilai RM370,000 dalam tempoh seminggu berakhir semalam.

Pemangku Pengarah Kastam Negeri, Dr Janathan Kandok, berkata operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu turut membabitkan penangkapan 31 lelaki, termasuk warga asing, berumur antara 20 tahun dan 40-an.

"Daerah Keningau mencatatkan kes tertinggi dengan 14 kes membabitkan nilai pasaran RM180,000, iaitu enam kes rampasan rokok bernilai RM70,000 dan tujuh kes rampasan minuman keras bernilai RM110,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemantauan dan pemeriksaan terhadap penyeludupan minuman keras akan dipertingkatkan menjelang musim perayaan Krismas dan sambutan tahun baru kerana kegiatan berkenaan dijangka lebih aktif berikutan permintaan tinggi.

Sinar Harian

Tiada ulasan: