14 Disember 2011

Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral

18 Muharram 1433H. [MOD] -


Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.

student flashmob at kl central 141211 06Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka. Polis kemudian mula bertindak dan menangkap mereka.

15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran.

Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.

student flashmob at kl central 141211 07Mereka membawa sepanduk dan poster yang berbunyi 'Kami bersatu untuk kebebasan akademik' dan 'Berikan autonomi keada universiti' dan juga kertas bersaiz A4 yang tertera perkataan 'bebas'.

Ketua polis daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi mereka dua minit untuk menyampaikan mesej dan kemudiannya mengarahkan mahasiswa berkenaan supaya bersurai.

Pelajar pada mulanya hanya mendiamkan diri dan mengikuti Mohd Safwan yang secara tiba-tiba bergerak ke arah orang ramai.

Polis bertindakbalas dan dalam pergelutan kecil itu, sepanduk dan poster pelajar dirampas dan sebahagian daripada mereka ditangkap.

Wan Bari kemudian mengarahkan anggotanya membawa Black Maria. Tetapi tidak pasti sama ada mereka yang ditangkap itu dibawa ke tempat lain.

Adalah dipercayai mahasiswa itu mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: