1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PORT DICKSON – Dijemput Ilahi pada usia muda. Peristiwa itu pasti sukar dilupakan keluarga Norfaraniza Rumizim, 6, yang mati lemas di Pantai Batu 5 di sini, malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, kek yang sudah ditempah untuk meraikan hari jadinya pada malam kejadian itu, masih terbiar begitu sahaja dalam bungkusan.
Mayat Norfaraniza ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira jam 10.30 malam, empat jam selepas dia disedari hilang.
Ibu Allahyarham, Faridah Ali, 35, berkata, mereka sekeluarga datang dari Klang ke Port Dickson untuk meraikan hari lahir Norfaraniza, anak keempat daripada enam beradik itu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka anaknya yang dipanggil dengan nama Farah itu akan pergi buat selama-lamanya tepat pada hari jadinya.
“Kami tiba di Port Dickson sekitar 1.30 petang. Farah terus mahu bermain di pantai dan dia kelihatan begitu seronok.
“Saya sukar lupakan tragedi ini. Ibu mana yang tidak sedih melihat jenazah anak, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Bapa Allahyarham, Rumizim Rosli, 34, berkata, mereka menghubungi polis selepas gagal menemuinya.
“Ketika itu, semua anak-anak saya sedang bermain-main air dan pasir tepi pantai. Mungkin terlalu leka sehingga tidak sedar kehilangan Farah.
“Apabila menyedari Farah tiada di situ, kami terus mencarinya, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk, lalu saya hubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada Sinar Harian di Bilik Mayat Hospital Port Dickson di sini, semalam.
Rumizin berkata, orang ramai yang berada di lokasi ada memberitahu mereka melihat seorang kanak-kanak seperti Farah bermain di kawasan taman permainan menyebabkan mereka menyangka anaknya hilang di sekitar kawasan itu.
“Usaha mencari dilakukan di kawasan berkenaan berlarutan hingga malam, namun masih tidak juga jumpa.
“Bagaimanapun, sekitar jam 10.30 malam, bapa saudara saya turun ke pantai dan menemui mayat Farah terdampar di tepi pantai yang ketika itu air sudah surut,” katanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Hospital Port Dickson kira-kira jam 10 pagi semalam untuk dikebumikan di Klang selepas Zuhur, semalam.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan