Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.
Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.
"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar)dengan wang zakat bernilai RM50 juta.
"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.
Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.
Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.
Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa.
"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.
2 ulasan:
rmai lagi org islam diphg 8 asnaf tidak dpt pembelaan,tidak diusaha carikan utk agihan zakat. tujuan melebur dlm industr perhotelan atas dasar apa?menyelamat puak tertentu/islam.fikir-fikirkan
siasat dahulu sumber duit untuk pembelian tersebut. saya rasa untuk pembelian aset yg sebegitu, hanya duit dari sumber am sahaja diguna pakai. setiap badan zakat tertakluk pada keputusan jawatankuasa fatwa negeri tersebut bagi sebarang pengeluaran wang zakat. sebagai orang Islam, janganlah kita menuduh tanpa bukti yang jelas.malah ianya boleh melunturkan sokongan sahabat2 lain yang bersama kita pada hari ini. bayangkan jika kita memerintah dan pihak lain membuat tuduhan, mesti kita akan bercakap tuduhan tersebut tidak berasas. oleh itu,mari sama-sama kita kaji dan meneliti perundangan zakat tiap2 negeri bagi memahami organisasi zakat ini yang secara terang tidak terikat dengan kuasa politik walau di peringkat negeri atau federal.maaf bagi yang tidak menyenangi ulasan ini.saya juga penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Catat Ulasan