25 Januari 2012

BN cuma adil untuk kroni dan anak beranak sahaja!

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

"Assalamualaikum,,..

Semalam di Pulau Pinang,Najib berkata BN adil untuk semua kaum yang membawa maksud BN cuma adil untuk kroni dan anak beranak sahaja dari semua kaum!Najib nampaknya terpaksa menjelajah membuat roadshow bagi menghadapi pilihanraya yang sudah semakin hampir.

Mula mula Najib ke Selangor kemudian ke Pahang dan semalam dalam masa satu hari Najib berada di dua buah negeri.Di Kelantan Najib mengamalkan kurafat apabila menepung tawar Van baru wanita UMNO Negeri dan di Pulau Pinang,

Najib menghadiri rumah terbuka tahun baru cina.Di sinilah Najib meneruskan agenda klentongnya dengan ucapan retorik yang memualkan.Memualkan kerana sudah lebih 50 tahun rakyat tertipu dengan ucapan sebegitu.Berita penuh boleh dibaca di sini .

Najib bercakap mengenai semangat kekitaan dan perasaan kebersamaan terhadap kemajuan negara sedangkan rakyat tahu bagaimana BTN berfungsi menanamkan perasaan benci kaum melayu kepada kaum lain.Najib bercakap mengenai bakat tempatan sedangkan rakyat tahu bagaimana sistem pendidikan yang ada dalam negara tidak dibantu dengan menyediakan peluang kerjaya yang sesuai bagi membantu perkembangan bakat yang ada.

Najib bercakap mengenai negara maju dan berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat tahu bagaimana kualiti kehidupan semakin menurun dan khazanah kurniaan Tuhan tidak dimenafaatkan kearah itu.

Bagaimana rakyat boleh bergerak bersama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu visi sedangkan kebebasan bersuara dan berpolitik hanya diberikan kepada rakyat yang menyokong BN sahaja sedangkan parti pembangkang dianggap perosak kesatuan negara?

Najib berkata kerajaan ikhlas dalam memberi bantuan tetapi membisu seribu bahasa mengenai kesempitan hidup rakyat dengan harga minyak yang tinggi, kekurangan bekalan minyak masak di pasaran serta berbagai bagai jenis cukai yang terpaksa dibayar kepada kerajaan sehingga orang yang berhutangpun terpaksa bayar cukai(kad kredit).

Kalau bantuan kerajaan ini ikhlas, sudah tentu ianya tidak melibatkan kutipan hasil dari rakyat yang membebankan tetapi malang bagi rakyat yang percaya kepada Najib kerana segala bantuan yang dihulurkan sebenarnya diambil dari rakyat juga.

Najib berkata Malaysia mempunyai prospek yang baik tetapi sebenarnya yang mempunyai prospek yang baik hanya kroni dan anak beranak BN sahaja bukan Malaysia atau rakyat Malaysia.

Itulah yang dapat dilihat dengan lakonan Najib menjelang pilihanraya sementara kuncu kuncunya menyebarkan lagi isu isu yang dikira boleh membantu Najib mengekalkan kuasa.

Semuga semakin kecil bilangan rakyat yang termakan umpan Najib kali ini.

tranung kiter/-

Tiada ulasan: