1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Syarikat Penerbangan Hainan China dipilih sebagai antara lima syarikat penerbangan yang paling selamat di dunia. Ini berikutan prestasinya sepanjang 19 tahun operasi yang tidak mengalami kemalangan, kehilangan pesawat dan kematian.
Demikian laporan yang dikeluarkan Pusat Penilaian Data Kemalangan Pesawat Udara, JACDEC yang berpangkalan di Hamburg .
Sejak tahun 1993, Syarikat Penerbangan Hainan China sentiasa mengutamakan keselamatan para penumpangnya dan mengekalkan rekod penerbangan yang selamat.
Menurut laporan tersebut, empat lagi syarikat penerbangan yang disenaraikan paling selamat adalah Syarikat Penerbangan All Nippon (ANA) , Finnair, Cathay Pacific dan Syarikat Penerbangan Etihad.
CRI/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan