25 Januari 2012

Bebaskan rakyat dari cengkaman Umno-BN

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat kini merangka agenda pembebasan rakyat seluruhnya daripada cengkaman pelbagai undangundang yang menekan rak yat dan penguasaan instrumen penting oleh “tangan-ta ngan ghaib” di Malaysia.

Pengarah Strategi Ke- ADIL an, Rafizi Ramli menegaskan, agenda tersebut dilaungkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menjurus kepada usaha mencapai kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

“Ini kerana, rakyat masih tertakluk di bawah instrumen penting di negara ini, sama ada kehakiman, Polis, SPR, SPRM dan sebagainya. Rakyat masih boleh dikenakan dengan pelbagai undang-undang negara,” tegas beliau

Rafizi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari tuduhan liwat, 9 Januari lalu tidak boleh dijadikan tanda aras bahawa badan kehakiman negara ini sudah melakukan perubahan.

Biarpun Anwar dibebaskan, katanya, rakyat juga perlu dibebaskan dari tanggapan kononnya sistem kehakiman dan badan-badan lain sudah melakukan tranformasi ke arah yang lebih baik.

Sehubungan itu, tegas be liau, bagi memastikan agenda pembebasan rakyat dapat dijayakan, Pakatan akan terus mengekalkan momentum kebangkitan rak yat yang sedia ada.

“Sejak kebelakangan ini, momentum rakyat kelihatan bersama Pakatan. Tugas KeADILan dan juga Pakatan adalah untuk mengekalkan momentum itu hingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” tegasnya.

Tambah beliau, bermula di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3, di Alor Setar, Kedah, pada 14 Januari lalu , agenda tersebut akan diserapkan ke akar umbi bagi memastikan momentum sedia ada terus kekal di tempatnya.

detikdaiy/-

Tiada ulasan: