1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SIJANGKANG - Pemuda Pas Kuala Langat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang haram dengan menggunakan nama Pemuda Pas Negeri Selangor.
Ketua Pemuda Pas Kuala Langat, Hairul Nizam Tohar berkata, kain rentang yang dipasang di beberapa jejantas dan bulatan Pulau Carey itu menunjukkan pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco.
“Pemasangan kain rentang itu seperti cuba menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.
“Kami hairan dalam suasana dunia yang semakin maju, masih ada lagi segelintir kumpulan yang berada dalam politik lapuk dan ketinggalan zaman dengan membuat perkara sedemikian seolah–olah menipu rakyat.
“Tindakan tersebut merosakkan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam sekali gus menunjukkan sikap tidak profesional mereka terhadap masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam
Menurutnya, Pemuda Pas menganggap tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus itu berkemungkinan besar takut dengan pengaruh Pas yang semakin disenangi dan mendapat sokongan oleh masyarakat setempat.
Hairul Nizam berkata, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat untuk pihak berwajib memantau dan memastikan keamanan rakyat terjamin.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan