1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SYDNEY: Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaan bahawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
Ia berikutan penafian Rosmah terhadap dakwaan Hornery dalam seksyen ‘Private Sydney’ akhbar itu dengan menyifatkannya sebagai ‘karut’.
“FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya ‘membesar-besarkan secara liar’ lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
“Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh,” kata Hornery dalam Twitternya semalam.
Hornery dalam kolumnya memetik pereka fesyen Sydney, Karl Capp yang menggelar Rosmah sebagai First Lady Of Shopping (FLOM) dan menganggap Rosmah sebagai ‘pelanggan besar’ beliau.
Menurut laporan itu, Rosmah membuat perbelanjaan berkenaan kira-kira tiga minggu lalu.
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di penthouse hotel Darling yang bertaraf lima bintang dan bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam.
Rosmah juga dikatakan meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan pereka fesyen itu ke Malaysia bulan depan untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Sebelum ini, Rosmah yang gemar menonjolkan gaya hidup mewah dikaitkan dengan pembelian berlian berharga RM24 juta dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.
Beliau juga dikatakan memiliki berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah rekaan Hermes, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.
Malah, Rosmah gemar menghabiskan wang untuk melancong termasuk membayar hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.
Beliau juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.
Keadilan Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan