1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Asal Bukan Umno (ABU) akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam hari ini bagi membantah serangan di majlis anjuran mereka bersaham Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini.
Memorandum itu akan diserahkan jam 11 pagi ini di Pejabat Suhakam, Jalan Sultan Ismail.
Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu.
Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.
Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan