1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM 25 JAN : Penglibatan anak-anak muda yang mencetuskan kekecohan dalam insiden ceramah Asal Bukan Umno(ABU) dan Hindraf di Jalan Kebun di sini tempoh hari sangat mengecewakan W Sambulinggam.
Beliau yang juga Koordinator Kebangsaan Hindraf memberitahu anak-anak muda ini tidak bersalah namun dipengaruhi sejak dahulu untuk membenci pertubuhan lain, melainkan Umno-BN.
"Kami berasa sangat kesal dan sedih melihat anak-anak muda ini bertindak di luar batas kematangan, mencetuskan kekecohan dan bertindak di luar kawalan.
"Sedangkan mereka tidak mengerti apa-apa mengenai apa yang berlaku hari ini kerana kebanyakkan mereka itu masih muda dan pasti tidak dapat berfikir secara rasional untuk membuat penilaian terbaik," luah Sambulinggam kesal.
Menurut Sambulinggam, dalam kejadian yang berlaku tempoh hari, kebanyakan daripada penyerang adalah anak-anak remaja yang masih dibangku sekolah.
"Saya tidak berani menuduh siapa yang pengaruhi mereka atau kemungkinan mereka ini dibayar untuk mencetuskan kekecohan. Yang pasti penglibatan mereka ini samada secara dirasuah atau sukarela amat menyedihkan," sambung Sambulinggam.
Sementara itu, menyentuh satu laporan oleh media pro-BN hari ini, Sambulinggam menjelaskan kenyataan yang disebut dalam laporan itu tidak benar.
"Bagaimana mereka boleh menyatakan berlaku penggunaan bahasa kesat dalam ceramah itu sedangkan ceramah pun belum sempat bermula.
"Jika sekadar pengerusi majlis mengalukan hadirin mengambil tempat itu dikatakan menggunakan kata-kata kesat dan provokasi, saya benar-benar tidak mengerti di mana kekesatan yang dimaksudkan," jelasnya lanjut.
Sambulinggam turut menambah bahawa tidak adil untuk menuduh mereka yang memulakan kekecohan itu sedangkan tiada sebarang cubaan pihak mereka untuk melawan tindakan provokasi yang dicetuskan penyerang.
"Apa yang dikesalkan juga polis akhirnya bertindak mengarahkan ceramah kami dihentikan. Apa yang kami harapkan mereka mengawal keadaan sewaktu ceramah dijalankan.
"Namun sebaliknya yang berlaku. Kami memang kesal tapi kami akur dengan arahan polis," akhiri Sambulinggam yang dihubungi melalui panggilan telefon.
tv news/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan