25 Januari 2012

Banduan mesir dibebaskan sempena ulang tahun

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Mesir hari ini membebaskan kira-kira 3,000 banduan negara itu selepas mendapatkan arahan pemerintah tenteranya sempena ulang tahun penggulingan Hosni Mubarak yang pertama.

Pihak keselamatan negara itu berkata, 1,959 banduan dibebaskan selepas mendapat pengampunan daripada Fil Marsyal Hussein Tantawi, Sabtu lalu.

“Manakala 1,014 banduan lain yang didakwa atas kesalahan jenayah kini dalam proses dibebaskan awal atas alasan berkelakuan baik,” katanya. - AFP

Tiada ulasan: