1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Niat seorang warga emas mahu menghalau lembu yang masuk di pekarangan masjid bertukar tragedi apabila dia ditanduk lembu jantan yang naik minyak secara tiba-tiba minggu lalu.
Mohd Yusof Awang De, 64, dari Kampung Lamir, Pekan, patah pada tulang selangka kanan apabila ditanduk lembu itu.
Dalam kejadian minggu lalu, Mohd Yusof ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Zuhur dan melihat seekor lembu jantan menceroboh kawasan masjid berkenaan.
Bagaimanapun, ketika dia mahu menghalau lembu jantan itu, secara tiba-tiba haiwan berkenaan naik minyak sebelum menanduk bahagian belakang Mohd Yusof menyebabkan pesawah itu terpelanting ke dalam longkang.
Cucunya, Muhd AsmieFirdaus Mohd Asmawi, 17, berkata, ketika kejadian dia kebetulan melalui kawasan masjid tersebut dan terkejut melihat kejadian yang menimpa datuknya.
“Datuk terjatuh ke dalam longkang menyebabkan dia patah tulang selangka dan cedera di tulang belakang akibat ditanduk lembu.
“Selepas kejadian itu, datuk dibawa ke Hospital Pekan namun kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada hari sama untuk menerima rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan yang agak serius,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.
Muhd Asmie berkata, selepas lapan hari dimasukkan ke wad, datuknya tidak mampu bergerak seperti biasa malah berkemungkinan mengalami lumpuh.
“Buat masa ini doktor masih menjalankan rawatan lanjut dan datuk dinasihatkan membuat fisioterapi.
“Bagaimanapun, buat masa ini keadaan datuk masih lemah kerana kecederaan belum pulih,” katanya.
Mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
Sinar Harian difahamkan masalah lembu dibiarkan berkeliaran sudah lama berlaku di kawasan kampung berkenaan dan pelbagai usaha sudah dilakukan namun isu tersebut seperti tiada jalan penyelesaian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan