31 Mei 2012

China mula rasa kesan musim hujan

10 Rejab 1433H. [MOD] -

YANGTZE: Ramalan hujan lebat akan meningkat tahun ini menyebabkan pihak berkuasa China risau banjir di banyak tempat di negara itu dengan Wuhan menjadi antara lokasi paling awal, kata pegawai, semalam.

Berdasarkan ramalan cuaca termasuk dari segi jangka panjang, hujan lebih tertumpu kepada beberapa kawasan sekitar Sungai Huaihe, Sungai Yangtze dan Sungai Pearl.
Wilayah tertentu di sebelah timur laut dari Sungai Kuning dan Sungai Huaihe,

contohnya akan dilanda 20 hingga 50 peratus lebih banyak hujan pada musim panas kali ini, kata Suruhanjaya Sungai Huaihe di bawah Kementerian Sumber Air.

‘Banjir menenggelami Sungai Huaihe berkemungkinan berlaku tidak lama lagi dan mungkin boleh menjadi pencetus bencana lain,” kata Timbalan Ketua suruhanjaya itu, Wang Bin, ketika diwawancara China Daily.

Sehingga 15 Mei lalu, hujan terlalu lebat menjejaskan 4 juta orang di 90 pekan di wilayah Xiangxi dan Hunan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak $1.4 bilion yuan (RM700 juta), kata Suruhanjaya Sumber Air Changjiang. – Agensi

Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi

10 Rejab 1433H. [MOD] -

Petaling Jaya: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru. -FMT

Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.

Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.

"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya.

Harakah Daily

Himpunan Hijau persediaan hadapi PRU-13

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar Kedah esok adalah ijtimak terbesar PAS bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan itu bakal menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat berdepan pilihan raya.

"Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

"Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13," katanya.

Beliau yakin himpunan esok mampu menjadi model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat.

Rakyat ujarnya boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan.

"Majlis ini tidak dihidang dengan konsert, perlumbaan kereta, artis berpakaian menjolok mata, tiada tarian dan nyanyian, yang ada adalah tangisan takut akan azab Allah, merayu pertolongan Allah bagi memelihara agama dan umat ini.

"Himpunan yang jauh dari elemen maksiat dan kemungkaran ini akan menyerlahkan ketinggian akhlak para pekerja parti dan penyokong serta dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada semua yang mengikutinya di sana dan juga siaran langsung di dalam pelbagai saluran media baru," katanya.

Harakah Daily

Tentera rampas kapal selam dadah

10 Rejab 1433H. [MOD] -

ASKAR Colombia mengawal sebuah kapal selam buatan sendiri di sebuah kawasan hutan di sungai Cajambre, 64 kilometer
ke pelabuhan Buenaventura kelmarin.

BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.

Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.

Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Kapal selam itu ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh mengangkut 10 tan lagi dadah.

Digelar kapal selam dadah atau torpedo narkotik, kenderaan air tersebut popular dalam kalangan pengedar dadah yang cuba mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

- AFP

17 terkorban dalam gempa susulan di timur Parma

10 Rejab 1433H. [MOD] -

SAN FELICE SUL PANARO, Itali 31 Mei - Pasukan Penyelamat semalam memberhentikan kerja-kerja mencari mangsa ekoran satu gempa susulan bermagnitud 5.8 pada skala Ricter.

Gegaran susulan yang berlaku 60 kilometer di timur Parma itu mengakibatkan 17 maut dan 350 yang lain cedera.

Dalam kejadian tersebut, beribu-beribu penduduk cemas dan berada dalam ketakutan, kesemua mereka menggesa pihak kerajaan untuk menyediakan bantuan.

Kejadian berkenaan berlaku sembilan hari selepas kejadian gempa bumi yang menyebabkan sembilan terkorban dan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. - AFP

Hilang bagasi: MAS diminta bayar RM5,592

10 Rejab 1433H. [MOD] -

NEW DELHI — Sebuah badan dikenali sebagai Forum Pengguna Daerah New Delhi meminta Malaysia Airlines membayar ganti rugi Rs100,000 (RM5,592) kepada seorang penumpang wanita yang kehilangan bagasi ketika dalam perjalanan dari Delhi ke Langkawi pada 7 Mac 2008.

Akhbar The Hindu melaporkan panel forum pengguna itu meminta MAS membayar pampasan berkenaan kepada Farah Mehta dari Mumbai.

Mehta menggunakan penerbangan MAS ke Langkawi untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakannya dan apabila tiba di sana, dia gagal menemui begnya yang mengisi pakaian serta hadiah untuk majlis itu.

Beg berkenaan tidak ditemui walaupun setelah dia kembali ke India dan selepas membuat aduan kepada pejabat syarikat penerbangan itu, dia ditawarkan pampasan Rs 16,000 (RM895), berdasarkan berat bagasinya.

Mehta bagaimanapun, enggan menerima pampasan itu dan mengadu kepada forum berkenaan.— BERNAMA

Dua peragut didakwa

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang remaja berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan meragut beg seorang wanita dalam satu kejadian awal pagi di sini, 27 April lalu.

Remaja dari Taman Maha, Jalan Beserah di sini yang ditahan bersama rakan subahatnya, Mohd Fakrur Rozani, 19, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu, remaja terbabit yang membonceng motosikal ditunggang rakan, didakwa melakukan rompakan (ragut) ke atas seorang wanita sebelum melarikan beg sandang milik mangsa membabitkan kerugian RM3,150.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 4 pagi, di hadapan sebuah restoran Jalan Haji Ahmad di sini, 27 April lalu.

Akibat daripada perbuatannya itu, dia bersama rakannya berjaya dicekup polis 3 Mei lalu sebelum mereka berdua dihadapkan ke mahkamah semalam.

Remaja terbabit didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda dan sebatan.

Mahkamah membenarkan remaja terbabit diikat jamin RM2,700 sementara menunggu tarikh sebutan laporan akhlak pada 20 Jun depan.

Sementara itu, rakannya, Mohd Fakrur Rozani yang dituduh bersubahat melakukan rompakan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia yang berdepan tuduhan mengikut Seksyen 180 Kanun Keseksaan didakwa secara bersama melakukan rompakan tersebut membabitkan mangsa, tarikh dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dua juga berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang mengaku tidak berkerja merayu supaya wang jaminan RM6,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin dikurangkan.

Mengambil kira rayuan tertuduh itu, mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala 20 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan.

Sinar Harian

Pelajar kaki lalok kena cekup

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang pelajar berusia 14 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini antara 30 individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu siri 5/2012 di kawasan Panching Timur dan Felda Lepar Hilir dekat sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Tooon Khuan berkata, selain pelajar terbabit, 29 individu lain berusia antara 14 hingga 41 tahun yang ditahan itu terdiri daripada 27 buruh, seorang juru ukur dan seorang juruteknik landskap.

Menurutnya daripada 34 kes yang dicatatkan membabitkan 30 tangkapan itu, 26 kes (24 tangkapan) melibatkan kesalahan mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat kes (4 tangkapan) mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD).

“Manakala terdapat dua kes dengan satu tangkapan di bawah Seksyen 12(2) ADB, satu kes (1 tangkapan) di bawah Seksyen 39A(2) ADB dan satu kes mengikut Seksyan 39A(1) ADB bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan bagi kes tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Toon Khuan berkata, sepanjang Ops Tapis Bersepadu Siri 5 yang dijalankan bermula 25 hingga 29 Mei lalu, pihaknya berjaya menahan 263 individu daripada 298 kes membabitkan pelbagai kesalahan dadah di seluruh negeri.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 145 kes dengan 117 tangkapan dilakukan atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB, 111 kes dengan 110 tangkapan bagi kes di bawah Seksyen 3(1) AAPD (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan 20 kes (18 tangkapan) mengikut Seksyen12 (2) ADB.

“Kita juga berjaya menahan lima suspek disyaki pengedar dadah daripada lima kes di bawah Seksyen 39B ADB yang dicatatkan dan lima kes dengan empat tangkapan bagi kesalahan mengikut Seksyen 39A(2) ADB.

“Pada masa sama, empat kes dengan empat tangkapan dibuat bagi kes di bawah Seksyen 39A(1) ADB, empat kes dengan satu tangkapan di bawah Seksyen 6 ADB dan dua kes (2 tangkapan) mengikut Seksyen 3 (1) ADB Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1983,” katanya.

Toon Khuan berkata, sepanjang ops itu, seramai 649 individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, 256 didapati positif pelbagai jenis dadah manakala 393 negatif.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan operasi bagi membendung kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini.

“Kita juga akan menjalankan operasi di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berlaku kegiatan ini dari masa ke semasa.

“Dalam kes di kawasan Panching Timur dan Felda Lepar Hilir dekat sini misalnya, kita menerima banyak aduan berhubung kes-kes pecah rumah yang disyaki perbuatan penagih dadah lalu satu operasi digerakkan dan 30 penagih berjaya ditahan di kawasan itu, kelmarin,” katanya.

Sinar Harian

300 pemandu lori jongket protes SPAD

10 Rejab 1433H. [MOD] -

AYER KEROH – Seramai 300 pemandu lori berhimpun di Jalan Seri Negeri di sini, semalam, kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang didakwa keterlaluan dan tiada sikap toleransi apabila mengeluarkan saman.

Pemandu lori mendakwa, akibat tindakan SPAD, sumber pendapatan mereka terjejas teruk. Perhimpunan seawal jam 8 pagi itu membabitkan 50 lori yang diletakkan di bahu jalan kedua-dua hala, selain di hadapan Bangunan Kota Cemerlang sehingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan memerlukan kawalan pihak polis.

Seorang pemandu lori, Omar Mohamad, 44, berkata, dia memandu lori sejak 18 tahun lalu berasa sangat kecewa kerana SPAD bagaikan tiada budi bicara apabila mengenakan tindakan.

“Kami bawa ikut paras rata pun SPAD tahan dan bawa untuk ditimbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Apa sebenarnya yang sepatutnya kami patuhi?

“Sudahlah membuang masa, akhirnya kami tidak dapat bawa apa-apa muatan. Kami diberikan gaji hari, lepas itu didenda bukannya sedikit, sebaliknya beribu ringgit,” katanya.


Kaji semula undang-undang

Seorang lagi pemandu lori, Hasbullah Ahmad, 32, berkata, dia sudah beberapa kali terpaksa ke JPJ kerana dikatakan membawa muatan lebih.

“Bagaimana kita hendak mencari makan jika begini. Kita patuh pada arahan pun ditangkap. Kita mahu tahu setakat mana sebenarnya SPAD luluskan muatan kita,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Lori Melaka, Ko Bing Liyong berkata, mereka mahu SPAD mengkaji semula undang-undang yang diguna pakai mengenai tahap muatan yang dibenarkan.

“Apa yang kita sedia maklum, undang-undang ini belum diumumkan tetapi sudah dilaksanakan SPAD.

“Di bawah undang-undang, jika muatan lebih satu atau dua kilogram pun pemandu kena tahan dan permit kena gantung, termasuk dikenakan tindakan mahkamah serta denda sehingga RM50,000,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, mereka tidak berdepan sebarang masalah berkaitan muatan di bawah undang-undang yang diguna pakai JPJ sejak 10 tahun lalu.

Keluarkan 33 saman Ketua Penguat kuasa SPAD Wilayah Selatan, Mejar (B) Adly Azmi Ahmad berkata, penguatkuasaan Akta SPAD bermula pada 31 Januari 2011 selepas diluluskan Parlimen pada Jun 2010.

“Tindakan ke atas pengusaha lori adalah disebabkan kesalahan lebih muatan dengan pelaksanaan akta berkenaan iaitu perlu mengikut spesifikasi diluluskan JPJ dan Jabatan Kerja Raya.

“Sehingga kini, tangkapan yang kita buat memang membabitkan mereka yang membawa muatan berlebihan. Adakala sehingga 89 hingga 100 peratus lebih, di mana walaupun sepatutnya membawa 30 tan, mereka angkut sehingga 60 tan,” katanya.

Menurutnya, kedegilan pemandu dan pengusaha membawa lebih muatan menyebabkan kerosakan jalan raya yang teruk sehingga kerajaan perlu berbelanja besar untuk memperbaikinya.

Setakat ini, SPAD Wilayah Selatan sudah mengeluarkan 33 saman terhadap pengusaha lori di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor sejak dua minggu lalu berikutan gagal mematuhi undang-undang ditetapkan.

Tindakan pemandu lori terbabit berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari kerana hujan lebat.

Sinar Harian

Keriangan bertukar tragedi

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA KUBU BHARU - Keriangan dua beradik bersama rakannya menghabiskan cuti sekolah dengan bermandi di sungai belakang rumahnya bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Anak sulung daripada lapan beradik, Mohamad Baihaqi Mohamad Sahiful Nahar, 15, ditemui lemas di lubuk Sungai Dusun, Felda Soeharto dekat sini selepas sejam keluar bersama adiknya ke sungai itu petang kelmarin.

Ayah mangsa, Mohamad Sahiful Nahar Damyati, 43, berkata, anak sulung dan anak keduanya ada meminta izin untuk keluar mandi di sungai berkenaan kira-kira jam 4.30 petang dan sejam kemudian jirannya memberitahu anaknya lemas dan dibawa penduduk kampung ke klinik.

“Ketika sedang menjahit, jiran memberitahu anak saya lemas dan dihantar ke klinik.

“Mulanya saya tak tahu siapa, bila tiba di klinik saya lihat anak sulung saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) malam kelmarin.

Menurutnya, Mohamad Baihaqi yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sering mandi di sungai berkenaan ketika cuti sekolah.

"Mohamad Sahiful Nahar yang reda dengan pemergian anaknya menganggap kejadian itu adalah takdir ALLAH. Katanya, ketika kejadian arwah anaknya dikatakan mandi di kawasan lubuk sungai dan lemas di situ.

“Anak kedua saya memberitahu pada mulanya dia dan arwah abangnya hanya mandi di tepi sungai tetapi arwah berenang ke kawasan lubuk.

“Di situ, arwah dilihat tenggelam timbul sebelum hilang,” katanya.

Jelasnya, adik arwah yang tidak dapat menyelamatkan abangnya segera meminta tolong daripada penduduk kampung sebelum dibawa ke klinik.

Tambahnya, ketika tiba di klinik pegawai perubatan memberitahu anaknya telah meninggal dunia.

Jenazah Mohamad Baihaqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Soeharto malam kelmarin

Sinar Harian

Tujuh kerbau penarik lesap

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KAMPUNG PIANGGU – Sebanyak tujuh kerbau penarik yang dianggarkan bernilai RM28,000 dipercayai hilang pagi kelmarin di Ladang Endau Rompin dipercayai dilarikan pihak tidak bertanggungjawab.

(Pekerja menunjukkan hanya tinggal gerabak haiwan itu yang ditinggalkan
selepas kerbau milik majikan mereka dikebas pihak tidak bertanggungjawab)

Tiga syarikat kontraktor iaitu Khoo Development, Aliff dan Kenway yang menyelia dan menguruskan sawit di ladang milik Yayasan Pahang (YP) Plantation Sdn Bhd ini terpaksa menanggung kerugian ekoran kejadian ini.

Kehilangan kerbau itu disedari jam 7 pagi oleh beberapa pekerja warga asing yang menjaga haiwan itu selepas mendapati kerbau yang ditambat pada pokok sawit di dalam kawasan ladang itu tiada di tempat asalnya.

Pekerja syarikat itu mendakwa, terdapat kesan tapak kaki haiwan itu di dalam Parit Ladang 17 kawasan yang kemudiannya dipercayai ditarik keluar menyeberangi parit sebelum kesemua kerbau itu dibawa menaiki lori yang sedia menanti di kawasan luar ladang.

Penjaga kerbau Syarikat Kenway, Jamaluddin Ishak, 47, berkata, dia dimaklumkan tentang kehilangan seekor kerbau majikannya oleh seorang pekerja warga asing yang bertindak sebagai penjaga haiwan itu.

“Seorang pekerja menyedari kehilangan kerbau itu pada pagi selepas kejadian apabila mendapati kerbau yang ditambat pada pokok tiba-tiba hilang,” katanya.

Jamaluddin berkata, dia juga dimaklumkan beberapa rakan lain yang menjaga kerbau di ladang itu turut memaklumkan kepadanya tentang kes kehilangan haiwan itu.

“Saya percaya bahawa kerbau kami dilarikan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pencuri terbabit dipercayai menggunakan modus operandi pada awal pagi dengan meninggalkan lori di tepi parit sebelum kesemua mereka berjalan kaki masuk ke ladang itu melalui jalan ‘tikus’ menuju ke dalam ladang tersebut.

Katanya, suspek dipercayai masuk ke ladang itu terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lima kilometer sebelum mengambil kerbau penarik Pekerja menunjukkan hanya tinggal gerabak haiwan itu yang ditinggalkan selepas kerbau milik majikan mereka dikebas pihak tidak bertanggungjawab. yang ditambat pada pokok sawit.

“Perbuatan jenayah ini dipercayai dilakukan pada awal pagi memandangkan keadaan ladang sawit yang sunyi dan kesemua pekerja ladang sedang nyenyak tidur,” katanya.

Kes curi kerap berlaku Seon Omar, 44, berkata, sebanyak empat kerbau milik majikannya itu hilang dalam kejadian berkenaan. Seon yang bekerja dengan syarikat kontraktor Khoo Development berkata, kesemua kerbau yang dianggarkan berusia antara empat hingga sembilan tahun itu dipercayai turut dilarikan dalam kejadian tersebut.

“Kita percaya perbuatan ini dilakukan individu yang tahu selok belok dan mahir dengan kawasan ini kerana sebelum ini kami mendapati modus operandi yang sama turut dilakukan untuk mencuri kerbau di sini,” katanya.

Seorang penyelia ladang warganegara asing, Kadir Mit, 42, berkata, kehilangan kerbau di ladang itu bukanlah kali pertama kerana kes itu kerap berlaku dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Kita bimbang akan lebih banyak lagi kes kehilangan kerbau akan berlaku jika hal ini tidak ditangani segera,” katanya.

Jamaluddin mendakwa terdapat kesan tapak kaki kerbau di dalam Parit Ladang 17. Pasang pagar elak ceroboh Seme ntara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pianggu, Mohd Ali Abdullah berkata, YP Plantation diminta supaya memperketat langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama terus berulang.

Mohd Ali berkata, YP Plantation juga diminta supaya memasang pagar di beberapa kawasan berisiko tinggi berlakunya kecurian memandangkan sebelum ini suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu dengan menggunakan laluan yang sama.

“Kami berharap agar YP Plantation dapat melakukan tindakan susulan berhubung hal ini termasuk meningkatkan tahap keselamatan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung kes kecurian itu dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Kita sedia maklum hal ini dan polis sedang siasat bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian

Tak tahan diganggu ah long

10 Rejab 1433H. [MOD] -

GURUN - Seorang isteri merayu agar suaminya pulang bagi membincangkan masalah hutang yang dihadapi kerana sudah tidak tahan dengan gangguan ah long.

Masitoh Awang Kechik, 41, berkata, pada 18 Mei lalu, suaminya, Alieh Md Nasir, 57, keluar rumah jam 5 pagi seperti biasa, untuk menjalankan perniagaan menjual ikan di Sungai Lalang.

Menurutnya, kali terakhir suaminya menghubunginya pada jam 10 pagi hari tersebut dan selepas itu suaminya tidak pulang sehingga ke hari ini serta gagal dihubungi.

“Setelah tidak pulang ke rumah, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun gagal kerana dia telah mematikan talian telefon bimbitnya itu. “Saya rayu suami untuk pulang segera ke rumah untuk membincangkan apa sahaja masalah dihadapinya agar dapat diselesaikan bersama secara baik,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Taman Jerai Emas di sini.

Sementara itu, Masitoh berkata, sehari selepas suaminya tidak pulang ke rumah, dia mula diganggu lebih lima ah long yang datang ke rumah bagi menuntut sejumlah wang yang didakwa dipinjam suaminya.

Tidak tahan dengan gangguan ah long setiap hari, dia membuat laporan di Balai Polis Gurun pada 20 Mei lalu kerana risaukan keselamatan suaminya.

“Saya juga hilang sumber pendapatan kerana selama ini perbelanjaan harian hanya bergantung kepada hasil jualan ikan suami.

“Dalam masa sama, saya terpaksa berhadapan dengan ah long yang datang ke rumah setiap hari untuk menuntut wang yang dipinjam suami, sedangkan sebelum ini saya tidak pernah tahu suami ada meminjam wang daripada ah long,” katanya.

Masitoh berkata, dia turut diugut ah long mahu mengambil barangan berharga di rumahnya dan mengancam keselamatannya sekiranya dia tidak dapat melunaskan hutang yang dipinjam suaminya.

Tambahnya lagi, dia kini tidak berani keluar rumah dan tidak dapat melelapkan mata akibat trauma dengan ugutan ah long itu.

“Saya merayu kepada sesiapa yang terjumpa suami saya untuk menghubungi saya atau balai polis berdekatan.

“Saya sudah hilang punca dan tidak tahu di mana mahu mencarinya lagi kerana sudah mencari di merata tempat, termasuk meminta pertolongan rakan-rakannya namun tidak berjaya,” katanya.

Kepada sesiapa yang terjumpa Alieh boleh menghubungi Masitoh di talian 012-5002903 atau balai polis berhampiran.

Sinar Harian

'Kak, Lan pergi dulu ya!'

10 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Ayat terakhir, “Kak, Lan pergi dulu ya!,” menjadi petanda buat seorang kakak sebelum kehilangan adik bongsunya yang terlibat dalam nahas di Kilometer 221.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, tengah malam semalam.

Kakak mangsa, Sunita Aman, 28, berkata, dia yang tidak sedap hati tergerak menghantar adiknya, Muhamat Roslan Aman, 26, hingga ke pintu pagar rumah pada petang Isnin lalu selepas adiknya bersungguh-sungguh mahu berjumpa rakan untuk menunjukkan motosikal Kawasaki Ninja150 yang baru dibeli secara tunai.

“Pada petang itu, saya hantar arwah hingga ke pagar halaman rumah dan kebiasaan arwah akan berkata “Lan keluar dulu ya kak” tetapi petang itu arwah berkata “Kak, Lan pergi dulu ya,” lantas membuatkan saya rasa tidak sedap hati dan tergerak untuk menatap wajahnya sebelum dia keluar,” katanya.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa dari arah Kuala Lumpur dalam perjalanan pulang ke rumah kakaknya di Kampung Pasir Putih, Melaka dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah kenderaan.

Sunita berkata, arwah adiknya tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu dan bekerja sendiri mengikut rakan. Menurutnya, adiknya tidak pernah berkasar dengan adik beradik lain. "Arwah juga seorang yang baik hati dan sayang pada dua anaknya.

“Sebelum ini arwah pernah mengalami kerosakan motosikal di lokasi sama, namun tidak sangka akan menemui ajal di situ,” katanya. Katanya, lebih pelik apabila arwah adiknya itu tiba-tiba memberikan hadiah hari lahir buat suaminya, Nurazad Abd Rahim, 29, enam bulan lebih awal berupa seutas tali pinggang berjenama dua hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kemalangan maut berkenaan. “Orang awam dan pengguna jalan raya yang mempunyai maklumat kejadian diminta hubungi Cawangan Trafik Daerah Alor Gajah menerusi talian 06-5563222 untuk membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian

Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”

10 Rejab 1433H. [MOD] -

Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.

Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.

Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.

Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:

Al-Baqarah: 250

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

Himpunan atau ijtimak ini mampu menyerlah model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat. Rakyat boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan.

Himpunan Hijau ini merupakan himpunan bagi rakyat membanding, meneliti, menilai dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran Umno dan PAS.

Himpunan Hijau ini tidak disediakan pengangkutan, tiada duit poket, tiada penyediaan tempat tinggal - semuanya atas keringat usaha peserta sendiri bagi menterjemahkan kewajipan kita kepada jamaah, pengorbanan kita bagi mendaulatkan Islam.

Majlis ini tidak dihidang dengan konsert, perlumbaan kereta, artis berpakaian menjolok mata, tiada tarian dan nyanyian, yang ada adalah tangisan takut akan azab Allah, merayu pertolongan Allah bagi memelihara agama dan umat ini.

Himpunan yang jauh dari elemen maksiat dan kemungkaran ini akan menyerlahkan ketinggian akhlak para pekerja parti dan penyokong serta dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada semua yang mengikutinya di sana dan juga siaran langsung di dalam pelbagai saluran media baru.

Himpunan Hijau terdiri dari pelbagai acara, bermula dengan mesyuarat khas pimpinan parti, taklimat tertutup kepada pimpinan seluruh negara, kuliah dan santai bersama Ustaz Azhar Idrus, disusuli dengan kuliah maghrib yang akan dipimpin oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Kemudian ia akan diikuti dengan Munajat Perdana dan berakhir dengan amanah khas pimpinan tertinggi PAS sebelum ditutupi dengan ikrar seluruh jentera dan ahli parti untuk tekad dan sedia mengharungi sebarang rintangan dan cabaran dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Marilah kita hadir beramai ramai bagi menyatakan kasih kita kepada Allah, kerinduan kita kepada Rasulullah s.a.w, kesungguhan kita menyaksikan kemenangan Islam. Semoga himpunan ini akan menyerlahkan satu perbandingan bagi dinilai oleh rakyat.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Mei 2012

Harakah Daily

Laporan penuh Kes Kapal Selam

10 Rejab 1433H. [MOD] -

Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli masyarakat diplomatik di Bangkok, taklimat media ini eksklusif, pada satu skandal rasuah yang paling sensasi dan kontroversi di negara kita, dan mungkin di rantau ASEAN.

Ini merupakan sidang media bersama yang pertama antara peguam Perancis dan pasukan SUARAM, berikutan bermulanya siasatan kehakiman di instance Tribunal Grande De di Paris, yang akan menyiasat jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua Malaysia dan Perancis.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, delegasi Suaram yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa Fikri, kembali selepas suatu pendengaran berjaya sebelum Hakim Roger Le Loire, salah satu daripada dua orang Hakim Arahan yang ditugaskan untuk menyelia kes itu.

Hakim telah terutamanya menerima senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan termasuk semasa Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan seorang tokoh utama dalam proses perolehan, Abdul Razak Baginda sebagai saksi utama yang boleh terus membantu dalam siasatan di hadapan Tribunal.

Akses kepada kertas siasatan

Berikutan bermulanya siasatan itu, SUARAM telah mendapat akses penuh istimewa kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dibuat diakses oleh SUARAM sebagai Plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal Perancis).

Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses. Walaupun kita tidak mampu untuk mendapatkan salinan keras dan mengedarkan salinan, kami bagaimanapun berhak untuk paparan penuh dokumen dan dapat memetik mereka kepada media dan orang ramai.

Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh SUARAM telah membawa kepada bermulanya penyiasatan jenayah yang baru sahaja dibuka, meninggalkan kemungkinan besar pendakwaan jenayah mereka yang terlibat dalam skandal rasuah ini. Peguam kami telah diingatkan bahawa pegawai Perancis dan Malaysia serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal rasuah boleh dimasukkan ke dalam senarai “suspek” sebagai hasil kes jenayah di Mahkamah Perancis.

Bidang kuasa undang-undang Malaysia obligasi undang-undang di bawah konvensyen PBB menentang rasuah (Uncac)

Malaysia sebagai penandatangan kepada UNCAC sejak 2008, kini wajib untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.

Pihak Negeri terikat di sisi undang-undang untuk memberi bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.

Trend melungkungi dalam memerangi rasuah trans-sempadan ialah bidang kuasa sejagat. Ini bermakna negara boleh dibawa ke mahkamah dan mendakwa di negara itu yang dituduh telah melakukan satu kesalahan jenayah di negara lain.

Skandal kapal selam Scorpene menyediakan platform untuk bidang kuasa sejagat yang terpakai. Dengan mengesahkan UNCAC, Malaysia telah memberi isyarat kepada dunia kesediaan kami untuk mengemukakan kepada rangka kerja kerjasama antarabangsa.

Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni huraikan dari SUARAM, menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan. Penerimaan daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, Hakim Perancis telah diminta untuk butir-butir penuh dengan orang-orang yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana beliau merasakan tindakan itu patut dilakukan.

SUARAM peguam Joseph Breham telah menerangkan lagi bahawa mahkamah Perancis dapat mengambil beberapa tindakan khusus untuk memaksa Malaysia membantu dalam siasatan dan perbicaraan yang sedang dijalankan.

1. Hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi.

2. Setelah suatu sepina dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam kerja-kerja.

3. Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan suatu notis “mandat d ‘amener”, memaksa saksi untuk hadir di hadapan.

4. Jika saksi itu gagal untuk memaksa, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan dalam sempadan wilayah Perancis, dan boleh diantarabangsakan, jika hakim yang difikirkan perlu.

5. Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa.

Siasatan Jenayah

Berikutan permulaan kes sivil antara SUARAM dan DCNS, pihak berkuasa Perancis telah memulakan jenayah siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi DCNS .

Hasil siasatan boleh membawa kepada pendakwaan beberapa pegawai yang berkaitan dalam proses perolehan. Saksi-saksi yang dinamakan dalam kes sivil juga boleh dibawa ke dalam senarai suspek untuk membantu dalam siasatan jenayah.

Pendedahan dan penemuan

SUARAM telah mempunyai beberapa persidangan media di Malaysia,untuk mendedahkan maklumat dan perkembangan kes itu.pihak berkuasa Malaysia telah menolak sebarang bentuk kerjasama setakat ini.

Apabila SUARAM memfailkan aduan dalam sistem kehakiman Perancis, pada bulan April 2010, pendakwa awam menyerbu pejabat DCNS, dan merampas dokumen-dokumen sulit, termasuk kontrak perolehan, bilik kebal bank, invois dan dokumentasi lain yang penting yang dibenarkan untuk siasatan lanjut.

Penemuan khusus dari dokumen di Paris

Dokumen 97.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 berkaitan dengan satu temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia Perancis sebagai pertahanan.

Dalam dokumen tagged “Malaysia”, terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI.

Laporan tersebut mengandungi nota mengenai “Retracing latar belakang rundingan”. Nota menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.

Nota secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (UMNO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari mandators mereka.

Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik. nota lanjut bahawa kedua-dua Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda mempunyai hubungan politik yang kuat sebagai Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah dekat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda rapat dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nota juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula untuk menurun berikutan kejatuhan itu daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudiannya digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.

Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.

Nota itu menyatakan:

“Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya adalah seorang kawan rapat Menteri isteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda menjadi pusat rangkaian, Terasasi dikaitkan kepada Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Noor Mohd “.

Dua Dokumen Terdahulu

Sebaik sahaja kembali dari Perancis selepas bertemu dengan Hakim Roger Le Loire di Tribunal de Grande instance pada 19 April 2012 dan selepas mendapat akses penuh kepada kertas siasatan, SUARAM telah mendedahkan dua dokumen penting: dokumen 87 dan 144.

Dokumen 87
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud Di Sk ke BAIOCCO dan SAUVAGEOT dengan “PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT” sebagai subjek.

Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO' SERI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.

Dokumen 144

Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:

- Satu folder sub bertajuk “C4″
- Satu folder sub bertajuk “invois”
- Fail PDF
- Ibu jari pemacu USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.

Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

“Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. le avec un “.

Terjemahan: "Razak permintaan jika agar SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan".

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

Kesimpulan

Panggilan SUARAM untuk akauntabiliti bagi jenayah yang serius rasuah telah diendahkan walaupun usaha berterusan untuk menuntut jawapan daripada Kerajaan Malaysia.

Desakan pemimpin kerajaan kami bahawa undang-undang Perancis tidak boleh mencapai mereka, bercakap banyak kejahilan, ditambah pula dengan kekurangan kesungguhan politik untuk melaksanakan obligasinya di bawah UNCAC.

Walau bagaimanapun, ini tidak akan dalam apa jua cara menghalang penentuan SUARAM untuk membongkar kebenaran dalam usaha untuk akauntabiliti.

Dengan mengambil kes bagi pihak pembayar cukai Malaysia, SUARAM berikrar untuk meneruskan usaha dalam Krisis kebenaran sebagai kes berjalan di Mahkamah Perancis dalam masa terdekat.

Harakah Daily

1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat

10 Rejab 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap remaja yang keluar dari pusat jagaan di bawah selian mereka diberi hak kerakyataan serta jaminan pekerjaan.

Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah menjelaskan kepada pemberita sepanjang 24 tahun beliau menderita apabila tidak mendapat taraf kewarganegaraan walaupun dilahirkan di Malaysia.

"Saya diistilah sebagai 'anak tong sampah' dilahirkan di negara ini tetapi sejak saya dilahirkan hinggalah tahun 2011 saya bukannya warganegara ini.

"Setelah saya keluar dari pusat jagaan tersebut pada umur 18 tahun bermulalah detik-detik yang bergitu mencabar kerana hak saya sebagai warganegara tidak diperolehi," jelasnya.

Tambahnya lagi, merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) setelah beliau keluar dari pusat jagaan tesebut terlalu sukar untuk beliau memperolehi pekerjaan kerana status yang dimiliki olehnya adalah sebagai penduduk tetap.

Malah yang lebih mendukacitakan pihak JKM tidak memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan sesiapa yang keluar dari pusat tersebut terjamin pekerjaan mereka.

"Sekarang seramai 1,758 bekas penghuni berada di bawah seliaan Perbak dan kebanyakan mereka tidak mempunyai kad pengenalan sebagai warganegara.

"Ini adalah satu masalah yang besar kepada remaja-remaja tersebut untuk mendapatkan kerja sehinggakan mereka terpaksa melakukan jenayah untuk mencari sesuap nasi malah remaja-remaja perempuan sanggup menjadi pelacur hanya untuk mendapatkan wang," tegasnya lagi.

Katanya kesemua remaja yang telah keluar dari pusat jagaan tersebut lebih rela ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dari terus menderita di luar yang belum tentu tahu makan minum mereka serta tempat tinggal.

Khairul menegaskan kerajaan perlu menunaikan tiga tuntutan bagi memastikan remaja yang keluar dari pusat tersebut terus terjamin dan mendapat kehidupan baru yang lebih baik.

"Setiap bayi yang berada di bawah jagaan JKM perlu diberikan status kewarganegaraan secara terus, bila mereka keluar selepas 18 tahun JKM perlu sediakan pekerjaan untuk memastikan remaja tersebut tidak merempat bila keluar.

"Selain itu juga, mereka yang telah meninggalkan pusat tersebut perlu diberi bantuan selama setahun bagi sara diri untuk mereka," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, beliau memiliki kad pengenalan sementara (Hijau) yang tamat tempoh pada 6 januari 2005 kemudian diberikan Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (Merah) pada tahun 2006 sehinggalah mendapat status warganegara serta pemegang kad pengenalan biru pada tahun 2011.

Sepanjang tempoh tersebut sehingga tahun 2011 beliau terpaksa berdepan untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan syarikat tidak mahu menerima beliau sebagai pekerja.

Harakah Daily

Mapim: Najib layak digelar bapa liberal Malaysia

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

"Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadiran beliau.

"Jika ada pihak yang mengangkat isu wujudnya gerakan liberal di negara ini, maka kami berpendapat Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau adalah ketua kepada budaya dan pemikiran liberal di Malaysia," kata setiausahanya Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim katanya, kesal dan mengutuk budaya liberal yang diterjemahkan dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq yang disahkan oleh perdana menteri bersama penari separuh bogel dalam perhimpunan tersebut.

Menurut Azmi, dengan membenarkan wanita berpakaian tidak senonoh mengadakan pementasan yang direstu oleh Perdana Menteri dan Menteri yang berkenaan, manakala Menteri Agama di JPM serta para Mufti tidak pula bersuara, mengesahkan aliran liberalisme dan pluralisme sebagai budaya dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh konsep wassatiyah yang ditaja oleh PM.

"Asalkan dapat dihimpunkan belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak menghormati kebudayaan kebangsaan, PM sanggup mengadai akhlak generasi muda hanya untuk berpropaganda untuk PRU 13," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa progran itu sebenarnya memperalatkan belia dengan memancing mereka berhimpun dengan acara hiburan liar dan cara itu sudah lama diguna oleh pihak kerajaan.

"Di satu hal budaya politik samseng dibiarkan berleluasa , ditambah lagi hiburan liar juga diguna untuk melekakan belia dari berfikir mengenai pelbagai isu Negara yang akan menentukan nasib dan masa depan agama dan bangsa.

"Mapim tidak dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak senonoh," katanya.

Sehubungan itu, mapim menuntut Kementerian Belia dan Sukan mendedahkan berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.

Harakah Daily

PAS hulur sumbangan 9 pelajar ditarik biasiswa

10 Rejab 1433H. [MOD] -

MESIR: Dalam kunjungan singkat sempena menjadi pemerhati Pilihanraya Presiden Mesir minggu ini, Penolong Setiausaha Agong PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad sekali lagi telah berkesempatan bertemu sembilan pelajar Terengganu yang ditarik biasiswa mereka.

Bisiswa Yayasan Terengganu mereka sebelum ini ditarik oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ekoran terlibat dalam himpunan Bersih 2.0 di Kota Kairo pada awal tahun lepas.

Dalam majlis ringkas bagi meraikan kesembilan pelajar tersebut di sebuah restoran di tengah-tengah kota Kairo, Syed Azman turut menyampaikan sedikit bantuan kepada pelajar-pelajar yang teranaiya itu bagi pihak seluruh kepimpinan PAS Pusat.

"Bagi pihak PAS Kita melahirkan rasa simpati kita kepada semua pelajar yang terlibat.

"Kita melihat tindakan zalim ini lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu sendiri," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memastkan nasib mereka terbela jika Terengganu berjaya mentadbir kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau juga menyeru agar pelajar-pelajar yang di tarik biasiswa ini terus bersabar menghadapi ujian besar ini serta terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran mereka di Mesir.

Tekanan dan bantahan terhadap kerajaan Terengganu katanya akan terus dilakukan bagi mengembalikan hak pelajar terbabit.

Harakah Daily

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Harakah Daily

Himpunan Belia: Pemimpin turut terkinja-kinja

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Himpunan Jutaan Belia yang berakhir pada Ahad lepas 27 Mei menyaksikan berbagai-bagai suka, duka, gelagat dan aksi belia-belia negara sepanjang program itu berlangsung di Putrajaya.

Himpunan yang diadakan saban tahun, dan untuk kali ini sambutan itu agak luar biasa dengan pelbagai program yang disajikan kepada anak muda selama lima hari berturut-turut bermula 23 Mei.

Banyak program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, di mana kebanyakannya memenuhi citarasa anak muda hari ini apatah lagi program berbentuk hiburan dan sukan.

Tinjauan Harakahdaily pada Sabtu lepas, kehadiran anak muda belasan tahun cukup mengagumkan dengan bermacam-macam aksi dan gelagat mereka. Terkinja-kinja, terjerit-jerit pendek kata semua gelagat ada di sana.

Di tambah pula suasana hingar-bingar dengan tiupan terompet mini (gambar) hampir kesemua orang ramai yang hadir. Terompet yang dibeli dengan harga RM5 setiap satu, ada warna merah, biru dan kuning.

Terdapat sekumpulan anak muda mengenakan 't-shirt' putih dan merah yang tertera '1 love PM', tidak kurang hebat juga anak muda Belia 4B yang rata-rata wujud di segenap ruang di himpunan itu.

Belia 4B pula menawarkan orang ramai menaiki beca berhias dengan dikenakan caj RM10 untuk dua orang, difahamkan mereka mencari dana tambahan.

Tidak kurang hebatnya, anak gadis yang mengenakan pakaian menjolok mata, berseluar pendek hingga ke pangkal paha dengan betis putih melepak bagaikan bunting padi menarik perhatian belia lelaki.

Apa yang menarik perhatian wakil Harakahdaily, seorang anak muda tanpa rasa bersalah 'mengambil' basikal yang disewanya daripada pihak penganjur himpunan.

Ketika terserempak, anak muda itu sedang menunggu sekumpulan kawannya yang turut sama membawa balik basikal yang disewa RM5 untuk dua jam.

"Ambil je, basikal ini. Hari ini hari belia, sayakan belia jadi basikal ini untuk belia. Tak salah kan? Ramai lagi kawan-kawan saya yang ambil bawa balik rumah," katanya sebaik sahaja wakil Harakahdaily mempersoalkan perbuatannya itu.

Malah anak muda itu, pula mengajak wakil Harakahdaily untuk sama-sama 'kebas' basikal yang dianggarkan berharga tidak kurang RM500.

"Banyak lagi basikal yang disediakan. Ambil je...ramai yang buat macam itu," katanya yang meminta diri berlalu dengan sekumpulan kawannya.

Banyak 'booth' dibuka untuk orang ramai daripada kementerian-kementerian sehinggalah 'booth' jualan syarikat telekomunikasi sehinggalah 'booth' usahawan tempatan.

Dalam tinjauan itu, Harakahdaily tertarik dengan 'booth' Umno Pembela Rakyat. Kelihatan beberapa wanita yang berada di gerai itu tidak menang tangan melayan orang ramai mengisi borang keahlian Umno.

Harakahdaily cuba mendekati, orang ramai memenuhi 'booth' sedang mengisi borang keahlian, mereka yang siap mengisi akan diberi cenderahati 'keychain' dan 'button' Umno.

Selain itu, di 'booth' yang sama kelihatan tiga orang wanita Umno sedang giat mengedarkan buku 'Bersih 3.0 yang kotor' kepada pengunjung himpunan.

Lebih menarik perhatian, Umno turut menghidangkan kuiz kepada orang ramai dengan soalan-soalan yang berkaitan pertubuhan itu, mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan dihadiahkan hamper. Soalan diajukan oleh seorang pelawak Osman Kering yang cukup menarik perhatian pengunjung.

Lebih mengujakan dan dinanti-nanti belia sudah tentu hiburan, dengan konsert artis luar negara yang sedang digilai anak muda 'K-pop' di tambah pula tidak kurang hebatnya konsert rock dari artis tempatan.

Bukan sahaja, anak muda yang teruja. Pimpinan negara pun turut sama dengan barisan belia 'meraikan' artis K-pop dan menjerit-jerit menyantuni artis tempatan.

Justeru, apa yang disusun atur oleh Kementerian Belia Sukan dalam Himpunan Sejuta Belia tempoh hari, itulah yang disukai malah dicari-cari oleh belia pada hari ini. Belia dengan hiburan sukar untuk dipisahkan.

Harakah Daily

Euro 2012: Portugal kurang meyakinkan

10 Rejab 1433H. [MOD] -

PORTUGAL tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan utama termasuklah pada kejohanan Euro. Pencapaian terbaik mereka di Euro adalah pada 1984 apabila mara sehingga ke separuh akhir sebelum impian ke final dimusnahkan tuan rumah Perancis.

Untuk edisi kali ini, Skuad A Seleccao turut dilihat berdepan misi sukar untuk melangkah ke pusingan kedua apabila diundi dalam kumpulan maut.

Anak buah Paulo Bento diundi dalam Kumpulan B bersama Belanda, Denmark dan juara tiga kali, Jerman. Namun ketua pasukan dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo tidak menganggap ia sebagai bebanan buat negaranya.

Menurutnya, Portugal bebas tekanankerana Belanda dan Jerman merupakan calon kegemaran mara ke pusingan berikutnya. "Kami lebih selesa turun selaku pasukan underdog. Saya tahu kami pasti berdepan kesukaran, tapi saya optimis kami mampu melepasinya," katanya.

Sabtu lalu, Portugal sekadar melakar keputusan seri 0-0 pada perlawanan persahabatan menentang Macedonia. Untuk rekod, Portugal layak ke Poland-Ukraine menerusi perlawanan play-off.

Sinar Harian

Euro 2012: Les Blues senarai tujuh bintang EPL

10 Rejab 1433H. [MOD] -

LAURENT Blanc menyenaraikan tujuh bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam skuad kebangsaan Perancis pada Kejohanan Euro 2012 di Ukraine.

Mengetuai senarai dua tonggak Manchester City, Gael Clichy dan Samir Nasri manakala dua pemain Newcastle United, Yohan Cabaye dan Hatem Ben Arfa turut disenaraikan pada kejohanan kali ini.

Pertahanan Manchester United, Patrice Evra, Laurent Koscielny (Arsenal) dan Florent Malouda (Chelsea) turut dipanggil untuk memperkuat skuad Les Blues.

Sementara itu pemain tengah Olympique Lyon, Yoann Gourcuff digugurkan daripada senarai akhir selepas mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada perlawanan persahabatan menentang Iceland, Ahad lalu.

Pada perlawanan itu, Perancis nyaris dimalukan apabila ketinggalan 0-2 sebelum bangkit memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2.

Sinar Harian

Balotelli ugut boikot EURO

10 Rejab 1433H. [MOD] -

Penyerang Manchester City dan Itali, Mario Balotelli berkata, dia bersumpah akan meninggalkan padang sekiranya ada penyokong yang bertindak rasis terhadapnya sepanjang Kejohanan Euro 2012 yang berlangsung di Poland dan Ukraine.

Malah, bintang panas baran itu akan membunuh mana-mana individu yang melontar pisang ke arahnya. Perkauman menjadi subjek utama pada kejohanan kali ini selepas beberapa kumpulan berhaluan kiri di Poland dan Ukraine berikrar menjadikan pemain berkulit hitam sebagai sebagai sasaran kebencian sepanjang Euro 2012.

"Saya tidak boleh terima perkauman. Saya harap semuanya berjalan lancar di Euro nanti, sekiranya ia berlaku saya tidak teragak-agak meninggalkan padang dan pulang ke Itali.

"Kita di tahun 2012. Perkara seperti ini (perkauman) tidak boleh berlaku," katanya. Balotelli, 21, sering menjadi mangsa perkauman dalam beberapa perlawanan sama ada di peringkat kelab atau ketika mewakili skuad kebangsaan Itali.

Insiden terbaru, penyokong FC Porto bertindak menghina pemain itu ketika perlawanan Liga Europa pada Februari lalu. Ketika menyarung jersi Inter Milan pada 2009, Balotelli melalui saat menyedihkan dalam karier bola sepaknya apabila beberapa penyokong kelab itu melontar pisang ke arahnya ketika perlawanan sedang berlangsung.

Sinar Harian

Penyamun dipenjara 7 tahun

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Tiga suspek yang menyamun sepasang suami isteri dengan bertindak menghunus parang di leher dalam kejadian samun di Kampung Bukit Tanah, Besut, awal bulan lalu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga mereka yang merupakan warga Indonesia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan rompakan bersenjata, 8 Mei lalu.

Tertuduh, Mawardi Dimak, 29, Sahrun, 25, dan Hamdi Keson, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Mereka mengaku melakukan rompakan berkumpulan bersama seorang lagi yang masih bebas dengan menggunakan senjata terhadap mangsa, Shafie Mohamad, 46, dan isterinya Hasniah Hassan, 39, di sebuah rumah tidak bernombor di Lorong Setia, Kampung Bukit Tanah, Besut, kira-kira jam 2.10 pagi, 8 Mei lalu.

Ketiga-tiga mereka turut mengaku melarikan seutas rantai emas, dua utas rantai leher emas, seutas rantai leher berloket emas, enam telefon bimbit dan tunai RM500, serta menggunakan senjata yang boleh mendatangkan kecederaan atau kematian iaitu dua parang dan sebatang kayu.

Manakala bagi tertuduh, Sahrun dan Hamdi turut berdepan pertuduhan tidak memiliki permit sah untuk tinggal sementara di negara ini iaitu kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1953/1969 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.

Bagi kesalahan itu, kedua mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan dua sebatan, bagaimanapun, Wan Fadhilah Nor memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak dari tarikh mereka ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Zulfazliah dalam pendakwaannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran dan meninggalkan keinsafan kepada mereka kerana banyak kes rompakan dan kecurian dilakukan warga asing sejak belakangan ini seperti dilaporkan dalam akhbar, selain mengambil kira kesan trauma dihadapi mangsa.

Manakala Wan Fadhilah Nor dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira ketiga-tiga tertuduh adalah warga Indonesia yang mencari kerja dan membantu keluarga di kampung, tetapi sebaliknya melakukan jenayah.

Terdahulu dalam rayuannya, ketiga-tiga mereka memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana mendakwa orang susah, terdesak dan berpenyakit.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri berdepan pengalaman mencemaskan selama kira-kira 30 minit apabila leher mereka dihunus parang panjang oleh tiga lelaki yang menyamun rumah mereka di Kampung Bukit Tanah, Besut.

Menurut Shafie, salah seorang penyamun yang bertutur loghat Indonesia mengarahkan dia dan isterinya diam dengan mengugut akan menyembelih sekiranya bising.

Berikutan kejadian itu, mangsa bukan sahaja trauma malah terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM8,000 setelah barang berharga dan tunai mereka dilarikan

Sinar Harian

Dua sepupu cedera kemalangan

10 Rejab 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG – Dua sepupu tidak sempat menghadiri majlis meraikan kemenangan sebuah pasukan bola sepak pada satu pertandingan, setelah terlibat dalam kemalangan di Kubang Rambutan kira-kira jam 9.20 malam kelmarin.

Ketika kejadian mangsa yang kedua-duanya berasal dari Kubang Sok Sek itu, menunggang dan membonceng sebuah motosikal apabila diundang untuk memeriahkan majlis bakar ayam itu.

Sinar Harian difahamkan kedua-dua remaja itu terlibat kemalangan dengan kereta Wira dari Rantau Panjang menghala ke laluan sama dengan mangsa.

Mangsa, Mohd Hamizi Ameran, 13, berkata ketika kejadian motosikal mereka yang menghala ke Kubang Rambutan berada di hadapan, sementara kereta Wira di belakangnya.

Menurutnya, mereka terlibat kemalangan setelah membelok ke kanan jalan untuk ke lokasi majlis diadakan.

“Saya sedar ketika kejadian dan terjatuh setelah berlanggar sebelum diselamatkan orang kampung yang mengangkat
saya ke tepi jalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan kemalangan itu, Mohd Hamizi mengalami kecederaan pada bahu kanan, dan luka kecil di hampir keseluruhan badan sementara Mohd Fitri Rosli, 12, patah kaki kanan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas (HDPM) dengan Ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan.

Mohd Fitri yang patah kaki kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM, Rantau Panjang, Lans Koperal Zulilawati Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira jam 9.30 malam.

Menurutnya, beliau bersama empat anggota ke tempat kejadian, untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa yang patah kaki seterusnya menghantar mereka ke HDPM.

Sinar Harian

Naib Ketua Umno Hulu Selangor keluar parti

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya.

Harakah Daily

Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene

10 Rejab 1433H. [MOD] -

MELAKA: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata rakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene.

"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut.

"Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri," ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi.

Beliau berkata lebih malang lagi Perdana Menteri langsung tidak memberikan komen kepada isu ini apabila beliau ditanya.

"Perdana Menteri jawab 'no comment', Timbalan Perdana pun jawab 'No Comment', ini isu besar bukannya isu kecil, mengapa mereka tidak mahu komen.

"Ayah Altantuya baru-baru ini semasa berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan kes anaknya di sini berkata beliau melihat Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu gambar tetapi gambar itu tiada dalam simpanannya," tambahnya.

Ceramah yang julung kali dianjurkan atas nama Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil malam tadi dihadiri ribuan rakyat yang majoritinya orang Tionghua.

Turut berceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.

Harakah Daily

Miliki dadah: Penganggur didenda RM14,200

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Angkara dadah, seorang penganggur menerima padah apabila dikenakan denda RM14,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku memiliki barang terlarang itu, November tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas Yee Fook Min, 56, mengaku bersalah pada tiga pertuduhan dihadapi.

Jika gagal jelas denda, Yee diarah mahkamah untuk menjalani hukuman 24 bulan penjara selain diperintahkan menjalani tempoh pengawasan di balai polis berhampiran selama dua tahun.

Berdasarkan pertuduhan, Yee didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 5.8 gram dan 2.4 gram di sebuah rumah bernombor 98, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Cina, di sini pada jam 12.40 tengah hari, 2 November 2011.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) kanun sama serta Seksyen 12(3) akta sama.

Dia turut didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis Methamphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu jam 1.40 petang, 2 November 2011.

Bagi kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Azahir Nasir dalam rayuannya memohon anak guamnya tidak dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor usia dan keinsafan tertuduh.

Sinar Harian

Lelaki kurang siuman depan rumah

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman dijumpai seorang penduduk di Cabang Tiga Pengkalan Chepa di sini malam kelmarin berlegarlegar di dalam kawasan rumahnya ketika hujan.

Lelaki terbabit yang berusia separuh abad dikatakan cuba berteduh daripada hujan, namun tindakan warga emas itu mengundang rasa takut dalam kalangan penghuni rumah itu.

Tuan rumah terbabit, Zainab Mahmud, 60 berkata, kehadiran lelaki itu hanya disedari apabila menantunya baru pulang dari tempat kerja kira-kira jam 7 malam.

“Saya terkejut melihat kelibat lelaki itu berlegar-legar dalam kawasan rumah ketika membuka pintu rumah. Selepas itu saya suruh menantu saya, menegur lelaki terbabit yang ketika itu sedang duduk di atas buai dalam kawasan rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit bercakap dalam pertuturan yang tidak jelas dan menyebabkan mereka kebingungan.

“Walaupun dia tidak menimbulkan kekecohan namun saya merasa kurang selesa atas kehadirannya. Ekoran keengganannya keluar dari kawasan rumah, kami memanggil polis bagi membawa lelaki itu keluar,” katanya.

Zainab berkata, anggota polis yang bertindak cepat kemudian membawa lelaki terbabit keluar dari rumah.

“Saya harap agar pihak berkuasa dapat menjalankan rondaan yang kerap di kawasan persekitaran bagi menjamin keselamatan penduduk setempat,” katanya.

Sinar Harian

"Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan

10 Rejab 1433H. [MOD] -

Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.

Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .

Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.

Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.

Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau

Ulasan GB

Hari Belia - 2 juta belia hadir?
BERNAMA sendiri takut nak umumkan berapa sebenarnya yang hadir. Tiada angka rasmi dikeluarkan.

Kemudian Najib kata no untoward accident
Itu kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera tu accident binatang apa?

Sekarang budak-budak itu SETIAP SEORANG dengan bangga tunjukkan tiga keping RM10.

Demikian "kebenaran" tidak boleh ditutup.

Ia akan tetap terdedah juga.

Demikian juga dengan segala penipuan-penipuan UMNo BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.

Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.

Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

green boc/-