7 Rejab 1433H. [MOD] -
MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang.
(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)
Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan.
“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.
“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.
"Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini budaya liar yang dibawa Umno,” ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan Ke-41, di Kompleks Dewan Ulama (Madu), di sini pagi semalam.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa pembangkang akan mencetuskan demontrasi ganas sehingga PRU-13.
Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan