7 Rejab 1433H. [MOD] -
PERSATUAN Bola Sepak Republik Ireland (FAI) pada Sabtu lalu, mengesahkan pemain tengah, Keith Fahey terlepas bermain di Poland-Ukraine kerana mengalami kecederaan otot.
Posisi beliau selepas ini dipikul Paul Green yang melengkapkan senarai muktamad pemain Ireland pada edisi tahun ini.
Fahey pada mulanya disenaraikan jurulatih Giovanni Trapattoni dalam 23 pemain utama tetapi kecederaan yang dialaminya ketika mewakili Birmingham City pada aksi terakhir liga meleburkan terus impiannya.
“Pada sesi pemanas badan ketika Ireland menang 1-0 mengatasi Bosnia
Herzegovina, Keith Fahey masih belum menunjukkan tanda pulih. Petugas perubatan akhirnya memutuskan Fahey belum cukup cergas beraksi.
“Hasil perbincangan antara dia dan kelab, FAI terpaksa memanggil Paul Green menggantikan Fahey,” katanya.
Green, 29, mendapat cap pertama dalam pertemuan menentang Paraguay (2010) dan terbaru pernah mewakili Ireland berdepan Republik Czech pada aksi persahabatan, Februari lalu.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan