7 Rejab 1433H. [MOD] -
BERAKSI tanpa tujuh tonggak utama, Johor FC masih mampu mengikat Juara Piala FA 2012, Kelantan, 0-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Pasir Gudang, kelmarin. Lapor MOHD FIRDAUS YON.
Ketua Jurulatih Sazali Saidon yang berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pemain percaya kutipan satu mata mampu bantu perbaiki kedudukan pasukan yang menghuni tangga kedua tercorot liga.
“Saya bersyukur dengan satu mata yang diraih walaupun pasukan masih dalam kedudukan tidak selamat.
“Beraksi tanpa tujuh tonggak utama, pemain yang diturunkan masih mampu beraksi dengan baik dan mereka harus menerima pujian,” katanya yang berpuas hati dengan kombinasi dan kesungguhan ditunjukkan pemain.
Johor FC tampak tempang berikutan tujuh pemain utamanya tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan masalah kecederaan.
Terbaru, skuad lebah kehilangan pemain pertahanannya, Khairul Nizam Shabuddin dan Md Khairi Kiman selepas Eddie Helmi Abdul Manan alami kecederaan lutut dan Azi Shahril Azmi yang cedera pergelangan kaki termasuk penyerangnya, Zamri Chin, Shahrizal Saad (tendon) dan Shafizan Hashim (lutut).
Mengulas mengenai insiden kad kuning dilayangkan pengadil ke atas pemain Johor FC, Sazali nyata kecewa kerana terdapat beberapa kekasaran dilakukan pemain Kelantan, namun tidak diberi tindakan sewajarnya.
Johor kini mengumpul 16 mata hasil 17 perlawanan dengan empat kemenangan selain seri empat perlawanan.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan