7 Rejab 1433H. [MOD] -
PENYERANG Chelsea, Fernando Torres telah diserap ke dalam dalam senarai 23 pemain skuad juara bertahan, Sepanyol ke Euro 2012.
Pada awal musim bersama The Blues, beliau bergelut dalam prestasi tidak menentu serta menghadapi kemarau gol tetapi kembali menemui sentuhan selepas membantu pasukannya menjuarai Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Selain itu, penyerang Sevilla, Alvaro Negredo memenangi pertempuran merebut tempat dan dipilih untuk menggantikan penyerang Barcelona, David Villa yang gagal untuk pulih dari kecederaan patah kaki.
Penjaga gol muda Manchester United, David De Gea tidak dipilih sebaliknya Iker Casillas, Pepe Reina dan Victor Valdes kekal sebagai pilihan.
Cesc Fabregas turut serta dalam senarai walaupun mengalami kecederaan 'hamstring' tetapi akan pulih dalam masa seminggu.
Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque berkata, "(David) Villa sukar ditukar ganti, karakternya dan keberkesanannya dan tiada siapa boleh melakukan lebih baik daripada dia."
Dipetik BBC, beliau menambah, "dalam kes Cesc (Fabregas), doktor optimis dan tidak nampak mana-mana peluang untuk tidak menamakannya."
Sepanyol yang berada dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Itali merupakan perlawanan pembukaan pada 10 Jun, Republik Ireland dan Croatia.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan