28 Mei 2012

Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia

7 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.

"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.

"Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Banyak program melalaikan

Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.

"Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.

"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.

Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak.

"kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.

Harakah Daily

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Macam tu pun rakyat nak pilih lagi ka. Pemimpin terkinja2 atas pentas.Ada saja kemalangan berlaku setiapkali menghadiri program umno.


Tak cukup dengan memaksa orang muda hadir, kelab UMNO pesara kanan kerajaan pulak buat kerja bodoh lagi membazir menghantar kad ucap selamat pada pesara 1 Malaysia sedangkan pesara2 itu ramai yang dah mati termasuk mak saya. Nak buat apa kad kalendar cantik2 sedangkan pakat tua2 dah nak tengok kalendar pun. Pakat2 nak tunggu masa dah. Sudah2lah Che Aseh Che Mat mengambil alih membodohkan rakyat golongan tua . Dari kerja sampai ke pencen tak penat ke tuan hamba membodek.

Fikirlah secara logik andai Pakatan Rakyat memerintah, kita masih dibayar pencen bahkan sampai mati, disambung pula pada isteri atau suami. Jadi, apa masalahnya....dah sah umno memang sudah tidak layak memerintah. Kita sepatutnya menyokong supaya dapat membaikpulih maruah anggota kerajaan.

Orang dah tak mau dah. Lagi menyampah ada bila anak2 kena paksa, dah bersara pulak dapat kad selamat sejahtera. Posman pun meluat. Ntah apa2 lagi la kerja bodoh dibuat umno konon nak ambil hati rakyat.

Buatlah sesuatu yang mulia bila usia dah pakat2 masuk senja. Sah dah memang umno sudah tidak relevan lagi.