22 Jun 2012

Ibu tujuh anak didenda RM5,000

2 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang bekas peniaga pasar malam dijatuhi hukuman denda RM5,000 kerana memberi rasuah kepada seorang Penolong Penguasa Imigresen di Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam.

Wahdah Mashudi, 41, warganegara Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap di negara ini, mengaku bersalah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari.

Mengikut pertuduhan, Wahdah yang juga ibu tujuh anak, didakwa memberi suapan RM150 kepada seorang Penolong Penguasa Imigresen yang bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan.

Ia sebagai sebagai dorongan supaya tidak menahan seorang warga Indonesia bernama Sudirman yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ketika pihak berkuasa menjalankan operasi bersepadu di Jalan Tok Ungku, Taman Blossom, Seremban, kira-kira jam 9.30 malam, 19 Januari lalu.

Sinar Harian

Tiada ulasan: