2 Syaaban 1433H. [MOD] -
MANJUNG - Polis Manjung berjaya menangkap seramai 431 wanita warga asing yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral termasuk aktiviti pelacuran sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, jumlah tangkapan itu dibuat melibatkan 190 serbuan yang dilakukan di sekitar daerah Manjung.
Menurutnya, jumlah serbuan itu tidak semuanya berjaya dan sebanyak 52 serbuan telah berjaya dilakukan. “Pihak kami sentiasa menjalankan Ops Noda berdasarkan maklumat orang awam dan juga hasil risikan anggota. “Mereka yang berjaya ditangkap melibatkan warga Vietnam, China dan Thailand yang bekerja di restoran serta pusat hiburan di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam perkembangan yang sama, polis Manjung turut berjaya merampas sebanyak 911 mesin judi dalam Ops Dadu yang melibatkan 100 serbuan. “Namun begitu hanya 71 serbuan berjaya dilaksanakan dengan melibatkan 74 angkapan. “Pihak kami turut mengadakan serbuan bagi kes lain termasuk loteri awam haram, judi dalam bangunan,
judi tempat bebas yang mencatatkan pertaruhan haram,” katanya. Tambah Ahmad, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti jenayah supaya menyalurkannya kepada pihak polis bagi memastikan gejala sosial seumpama itu dapat dibanteras.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan