2 Syaaban 1433H. [MOD] -
PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney optimis skuad England mampu untuk menamatkan badi suku akhir menjelang pertemuan dengan Itali, Isnin ini.
Rooney berkata, England akan mempunyai keupayaan untuk ke separuh akhir kejohanan besar buat pertama kali selepas 16 tahun setelah tiga kali tersingkir pada suku akhir dan mara setakat pusingan kedua Piala Dunia.
“Saya harap kami boleh melepasi peringkat suku akhir kali ini.
“Menentang Itali pasti akan menjadi perlawanan yang sengit, namun ia agak seimbang dari segi cara permainan kami.
“Jadi, kami yakin untuk memenangi pertemuan itu nanti. Lagipun, kami mempunyai pemain yang mampu untuk menjaringkan gol," kata Rooney.
Rooney yang beraksi buat kali pertama pada Euro 2012 setelah digantung dua perlawanan turut mengakui rasa lega dengan jaringan pertamanya pada kejohanan besar selepas lapan tahun di samping membantu England mencatat kemenangan ke atas Ukraine untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.
“Saya gagal menjaringkan gol dalam kejohanan besar sejak sekian lama, jadi jaringan ketika menentang Ukraine adalah bermakna buat saya lebih-lebih membantu England memenangi perlawanan.
“Kami tahu kualiti yang kami miliki dan apa keupayaan kami. Apa-apa pun, kami akan berusaha keras untuk menamatkan badi ini," tambah Rooney.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan