12 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA KINABALU: Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini turut dimanfaat kaum hawa yang mewakili 48 peratus pengguna internet.
Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Mentei Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr Yee Moh Chai berkata, statistik juga menunjukkan ramai wanita memanfaatkan ICT untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.
"Kemudahan Internet yang ada memberi peluang kepada mereka sama-sama mempelopori bidang ICT. Mereka setanding dengan lelaki di dalam mengaplikasikan kemudahan yang wujud melalui perniagaan 'online' walaupun beroperasi di rumah," katanya.
Yee berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2012 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini malam tadi.
Katanya, seminar keselamatan bertema 'Wanita dan ICT' yang diadakan khusus untuk kaum hawa itu adalah wajar dan tepat pada masanya.
"Ini kerana menurut laporan akhbar, kebanyakan mangsa jenayah siber terutama yang membabitkan laman sosial seperti Facebook dan juga pesan ringkas (SMS) berbaur lucah adalah terdiri daripada kaum wanita," katanya.
Yee turut meminta lebih banyak pihak tampil membantu SKMM dalam mengurangkan jurang digital dan seterusnya meningkatkan penggunaan jalur lebar di Sabah dengan pelbagai inisiatif baru termasuk peluasan liputan jalur lebar. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan