02 Julai 2012

Euro 2012: 'Jerman masih yang terbaik'

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PEMAIN tengah Jerman, Toni Kroos percaya Die Mannschaft masih merupakan antara pasukan terbaik di dunia meskipun terkandas di separuh akhir Euro 2012.

Menurutnya, kegagalan mereka melangkah ke perlawanan akhir bukanlah penamat kepada pasukan Jerman kerana di bawah bimbingan Joachim Low pasukan itu dibarisi beberapa pemain muda yang berpotensi memenangi kejohanan utama pada masa hadapan.

"Ya kami terkandas di separuh akhir, tapi kami telah membuktikan kemampuan sepanjang kejohanan ini.

"Rekod kemenangan 100 peratus di peringkat kumpulan dan suku akhir satu pencapaian yang hebat.

"Ia mengatasi rekod dua kejohanan Euro sebelum ini. Kami dalam proses membina pasukan dan sentiasa memandang ke hadapan," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: