12 Syaaban 1433H. [MOD] -
LANGKAP - Luluh perasaan pasangan suami isteri apabila menjumpai mayat anaknya dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran kawasan tempat kerjanya, Khamis lalu.
Pasangan suami isteri berkenaan nekad untuk mencari anak mereka setelah didapati tidak pulang seperti biasa.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Goh Chuwan Giap, 34, berasal Jalan Kampung Banjar, dekat sini maut di tempat kejadian akibat patah di bahagian leher.
Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, disedari ibu bapa mangsa apabila anaknya masih tidak pulang dari tempat kerja seperti biasa.
"Ibu bapa mangsa turut cuba menghubungi telefon bimbit milik lelaki itu yang bekerja sebagai pekerja bina an namun, gagal.
"Bimbang akan keselamatan anaknya, pasangan suami isteri itu bergegas ke tempat anaknya bekerja di tapak pembinaan rumah kedai dekat Taman Harmoni, Jalan Langkap-Changkat Jong, dekat sini," katanya kepada pemberita.
Kata beliau, setibanya di tempat kejadian, pasangan itu memeriksa kawasan tersebut dan terkejut apabila menjumpai anaknya tergantung di bawah pokok belakang bangunan,” katanya kepada pemberita, di sini.
Katanya, terkejut dengan apa yang berlaku, bapa mangsa bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dihantar untuk tindakan lanjut.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjutan dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapat lelaki berkenaan alami patah leher.
"Kami mendapati tiada unsur- unsur jenayah dan siasatan lanjut masih dijalankan manakala kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan