02 Julai 2012

Kapal layar: Jeremy tawan Pulau Indah

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

JUARA bertahan, Jeremy Koo berjaya mengekalkan kecemerlangan apabila menjuarai Perlumbaan Sirkit Kapal Layar Malaysia (MMRC) 2012 di Pulau Indah semalam.

Berjaya menyingkirkan Mohd Masyuri Rahmat daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia 1, Jeremy yang membawa pulang wang tunai RM8,000 mengakui kerjasama rakan sepasukan yang mengekalkan disiplin dan komitmen tinggi banyak membantu kemenangannya.

“Meskipun angin agak kuat ia tidak menjadi masalah kerana turut membantu kami. Pasukan lawan juga tidak kurang hebat, namun kesilapan Masyuri gagal mengawal kapal semasa di pertengahanperlumbaan memberi kelebihan kepada kami untuk mengatasinya,” katanya yang bertekad untuk mencipta hatrik kemenangan di saingan seterusnya.

Mengutip 25 mata di venue kedua MMRC, Jeremy telah mengumpul 50 mata sebelum aksi terakhir MMRC di Pulau Duyung, Terengganu pada penghujung tahun ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: