12 Syaaban 1433H. [MOD] -
LONDON - Marcus Agius dipercayai akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barclays, salah satu bank utama United Kingdom yang beroperasi di 50 negara, ekoran skandal Libor - manipulasi kadar kaedah pinjaman antara bank.
Laporan BBC menyebut bahawa pengumuman rasmi akan dibuat hari ini.
Keputusan itu diambil ekoran tekanan yang memuncak selepas bank itu didenda £290 juta (RM1.3 bilion atau AS$450 juta) berhubung kesalahan memanipulasi kadar pinjaman antara bank.
Minggu lalu, ketua eksekutif bank itu, Bob Diamond bertegas tidak akan tunduk kepada tekanan agar meletakkan jawatan.
Sebelum ini, Royal Bank of Scotland memecat empat pedagang ekoran dakwaan skandal Libor (London Inter Bank Offered Rate).
Agius yang berusia 65 tahun juga berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif kanan BBC. Dengan sejarah lebih 300 tahun, Barclays beroperasi di lebuh 50 negara.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan