12 Syaaban 1433H. [MOD] -
TIDAK syak lagi, Rozaimi Abdul Rahman wajar dijulang sebagai hero baharu skuad Harimau Muda selepas meledak sembilan gol sekali gus muncul penjaring terbanyak peringkat Kelayakan Kumpulan G Piala Asia Bawah 22 tahun yang kini masih berlangsung di Yangon, Myanmar.
Rozaimi membuktikan betapa dia memiliki karakter luar biasa sebagai penyerang digeruni apabila membantu Malaysia membenam cabaran Vietnam 3-0 dengan melakukan hatrik pada Sabtu lalu.
Kini, sentuhan magis pemuda asal Bongawan, Sabah itu ditagih Ong Kim Swee dan rakan-rakan dalam usaha merealisasikan impian beraksi secara merit layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan tercapai.
Aks i pemain bintang muda dalam pembikinan, Rozaimi Abdul Rahman semakin mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila muncul penjaring terbanyak dengan sembilan go pada aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Myanmar setakat ini.
Kelibatnya sering mengundang perasaan gelisah pertahan lawan. Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.
Pemain yang dilahirkan pada 11 Jun 1992 di Bongawan, Sabah itu mula disenaraikan Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee Julai tahun lalu untuk perlawananpersahabatan antarabangsa menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Kini, walaupun baru berusia 20 tahun, pemain yang digelar 'Neymar Malaysia' sudah sebaris dengan pemain ‘senior’ B22 seperti Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal, A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri (sekadar menyebut beberapa nama).
Memulakan karier bola sepak profesional bersama pasukanSarawak pad 2010, tetapi Rozaimi kembali menabur bakti di bumi negeri di bawah bayu tahun lalu selepas bakatnya dicungkil menerusi pasukanPiala Presiden Sabah pada peringkat remaja.
Kecemerlangan Rozaimi pastinya memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia. Apa tidaknya, dia dijangka bakal memberi saingan getir kepada barisan penyerang lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan kebangsaan khususnya menghadapi Piala AFF Suzuki tahun ini.
Namun paling penting, Rozaimi harus bantu rakan menjinakkan cabaran tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G sekali gus layak ke pusingan akhir.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan