06 Julai 2012

Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS

16 Syaaban 1433H. [MOD] -

JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.

Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran.

Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.

Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.

Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.

Harakah Daily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kalau dah ada kesedaran umno menggunakan bangsa bila dia rasa akan tersungkur pandai bermain silap mata yg kaya raya pemimpin2 umno dan kroni2 nya yg ayik menekan rakyat, rakyat yg susah bertmbah susah yg kaya bertambah kaya bertentangan dgnmoto 'RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN'