Alhamdullillah, nampaknya dengan tarbiah dan kesedaran ummah serta
kekuatan kumpulan dakwah para ulama yang benar-benar mahukan Islam
ditegakkan di negara ini maka berlakulah apa yang dikatakan
mengembalikan hak-hak Islam kepada asalnya. Walaupun baru dianggap
asasnya sahaja tetapi sudah ada kesedaran apabila ramai wanita Muslimin
kini sudah menutup aurat dan tidak ada lagi pekerja beragama Islam di
tempat-tempat premis perjudian atau menjadi tauke judi.
Kita mesti memperjuangkan pula hak-hak pekerja yang berkerja sebagai pramugari dan pramugara yang beragama Islam. Mereka bukan sahaja kena berpakaian menjolok mata dan tiada ciri-ciri Islamnya, tetapi juga mereka dikenakan membuat kerja-kerja saperti melayan pelanggan dengan minuman arak semasa penerbangan. Begitu juga ada antara pekerja wanita yang berkerja di hotel bertaraf lima bintang dan restoren makanan segera diwajibkan memakai pakaian seragamnya yang tidak menutup aurat.
Saya juga mencadangkan supaya tiap-tiap pintu masuk hotel di negara ini diletakkan tanda amaran bagi umat Islam yang menginap di situ untuk tujuan maksiat akan dicekup dan dihukum mengikut perundangan Islam. Tanda amaran itu juga wajar ada di semua taman bunga dan taman rekreasi.
Adalah dicadangkan juga agar kaki tangan yang akan diambil bekerja dalam perkhidmatan awam akan diuji dengan soalan berkaitan dengan agama yang asas saperti berkaitan dengan fardhu ain dan sekurang-kurangnya boleh pula membaca ayat-ayat lazim yang mudah dan ringkas dari al-Quran. Tujuannya adalah untuk memastikan pekerja dari kalangan umat Islam itu sekurang-kurangnya tidak terlalu jahil agama dan tahu garis panduan di mana halal haramnya.

HARAKAHDAILY/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan