17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Kejadian itu berlaku sebelum beberapa pegawai keselamatan Thailand
mengadakan rundingan damai dengan para pemimpin kumpulan gerila pemisah
bagi menamatkan pemberontakan di selatan negara ini.
Jurucakap polis berkata, dua renjer tentera maut di tempat kejadian
di daerah Cho Airong, wilayah Narathiwat manakala seorang lagi anggota
mati di sebuah hospital.
Letupan itu berlaku sebelum rundingan melibatkan Setiausaha Agung
Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Paradorn Pattanathabutr dengan
para pemimpin gerila pemisah bertemu di Kuala Lumpur untuk melakukan
rundingan damai yang ditaja kerajaan Malaysia.
Media Thailand melaporkan, sembilan kumpulan pemisah termasuk Barisan Revolusi Nasional dijangka menyertai rundingan tersebut.
Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban di Pattani, Yala dan Narathiwat sejak 28 Februari lalu.
Lebih 5,000 orang terbunuh selepas kumpulan gerila pemisah
menggerakkan semula kempen bersenjata mereka di tiga wilayah di Selatan
Thailand sejak Januari 2004. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan