Sepanggar: Seorang ibu muda berusia 28 tahun yang berpantang
mengambil tindakan nekad terjun bersama bayinya ke laut bagi
menyelamatkan diri selepas hampir 500 rumah atas air terbakar dalam
kejadian di Kampung Numbak, di sini, malam kelmarin.
Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang
berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta
mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli.
“Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu,
manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar
bekerja.
“Tiba-tiba saya terdengar lebih 20 letupan seperti bom sebelum melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu.
JULSIMA bersama bayinya, Nuranadania.
Julsima berkata, sebaik menjenguk ke luar, dia melihat suasana kelam-kabut termasuk melihat penduduk bertempiaran sambil menjerit memberitahu mengenai api yang semakin marak.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan