29 Mac 2013

Google lancarkan hab pilihan raya sebagai sumber maklumat PRU13

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kuala Lumpur — Bagi membantu para pengundi untuk kekal dengan maklumat terkini  di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 yang bakal menjelang tiba, Google melancarkan hab pilihan raya di www.google.com.my/elections  di mana rakyat Malaysia boleh mengkaji, menonton, mempelajari, dan mengambil bahagian di dalam isu-isu polisi yang membentuk kempen sempena hari pilihan raya hampir tiba.
Laman web pilihan raya menampilkan berita terkini berkaitan pilihan raya dan trend carian, beserta pautan-pautan mudah ke laman web parti-parti politik dan saluran-saluran YouTube.

Pengguna akan dapat mencari maklumat pada masa nyata (realtime) pilihan raya di dalam laman web dan menggunakan sumber maklumat pengundi yang  telah disusun dari pelbagai sumber.
“Misi Google adalah untuk menjadikan maklumat boleh diakses dimana jua dan berguna untuk pengguna — dan ini sememangnya untuk pilihan raya,” kata jurucakap Google.
“Kami mahu memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha untuk membantu mereka membuat keputusan yang tepat pada hari pilihan raya.”
Laman Google Election adalah sejajar dengan visi pengasas Google: untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dimana jua dan berguna.
● Akses: Apabila disebut tentang pilihan raya, Google mahu membantu rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha membantu mereka membuat keputusan yang berpengetahuan pada Hari Mengundi.
● Penglibatan: Membenarkan rakyat keupayaan untuk berhubung dan terlibat secara langsung dengan calon-calon melalui pelbagai platform Google, seperti menonton siaran-langsung di YouTube atau membincangkan isu-isu di Google+ Hangout.
Google Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan maklumat kepada orang awam: parti-parti politik di Malaysia, pemilik media dan pertubuhan bukan kerajaan.
Sebaik sahaja dilancarkan, laman web ini akan kekal sebagai sumber masa depan untuk pengundi di Malaysia, termasuk Pilihan Raya Umum di masa hadapan.

The Malaysian Insider/-

Tiada ulasan: