29 Mac 2013

Pengarah P'raya Muslimat PAS meninggal dunia

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Amizan Baharuddin meninggal dunia jam 6.30 pagi tadi akibat kanser ovari.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Simpang, Taiping dan akan dikebumikan sebelum Zuhur.

DMPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada perjuangan.

"Pemergiannya satu kehilangan besar kepada DMPP.

"Allahyarhamah seorang yang sangat komited dalam perjuangan, dalam keadaan sakit pun beliau masih memberikan sumbangan.

"Allahyarhamah seorang pejuang, kakak dan sahabat yang baik bagi kami," kata Ketua DMPP, Siti Zailah Yusuf.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Ust Idris Ahmad yang turut menziarah Allahyarhamah di Hospital A Setar pagi ini memberitahu, jenazah akan bawa balik ke kediamannya di Taiping. 

Sahabat handai dan kenalan boleh melakukan ziarah di Surau kg Jelapang Simpang Taiping. 

Jenazah akan disolatkan jam 5 petang ini di Masjid Simpang. 

"Beliau seorang muslimat yang gigih,pakar dlm gerak kerja Pilihanraya. Beliau meninggal dalam keadaan Istiqamah dalam perjuangan. 

"Meninggal pada hari Jumaat. Moga Allah ampun dosanya dan ditempatkan bersama orang yang solehah," kata Idris.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: