17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah
sekalian kamu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu
mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan
juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di
dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada 24 Mac ini , Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) akan menyambut hari ulang tahunnya yang ke 61. Bersempena hari yang
bersejarah ini, maka mimbar pada hari ini mengajak para jemaah untuk menghayati
khutbah yang bertajuk “Menjana Semangat Kesukarelaan di Kalangan
Masyarakat”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat
Allah Subhanahu Wata'ala kerana mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan
makmur. Namun perlu kita sentiasa siap sedia untuk menghadapi sesuatu bencana
kerana ia berlaku di luar jangkaan manusia. Pada tahun 1993 kita dikejutkan
dengan Tragedi Highland Tower di Hulu Kelang dan pada akhir tahun 2004 pula
berlaku tsunami. Selain daripada peristiwa tersebut ada beberapa contoh bencana
lain seperti tanah runtuh di Bukit Setiawangsa pada 31 Disember 2012,
banjir
yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini seperti banjir di negeri Johor pada
tahun dan banjir terburuk sejak 30 tahun di Kampar pada 12 April 2012, ribut,
kebakaran dan sebagainya. Kejadian yang melibatkan jumlah mangsa yang ramai dan
kos pengurusan yang tinggi seumpama ini menyebabkan kita perlu membuat
langkah-langkah persediaan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas
sesuatu bencana.
Selain daripada kejadian bencana besar yang
menimpa kita juga kerap berhadapan dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan
banyak kenderaan di Grik di Bukit Gantang yang mengorbankan 22 orang atau
kecederaan domestik yang memerlukan orang ramai perlu ada pengetahuan dan
kemahiran asas pertolongan cemas dan menyelamat sebelum kedatangan bantuan
daripada agensi yang bertanggungjawab. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 60
وَأَعِدُّوا
لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ
عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ
اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ
إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya : ' dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang
lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu
tidak akan dianayai '
Atas sebab itulah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
telah ditubuhkan bagi mendidik dan melatih orang awam tentang asas pertolongan
cemas bantu mula (responder pertama) melawan kebakaran dan menyelamat. Sebelum
ini jabatan ini dikenali sebagai JPA3 dan ResQ 991 adalah merupakan sebuah jabatan
yang memberi perkhidmatan bantuan kecemasan kepada orang awam apabila
diperlukan, dasar jabatan ini selaras dengan kehendak kerajaan dalam
menggerakkan gelombang kesukarelaan yang dilaksanakan pada tahun ini. Semangat
kesukarelaan dalam kerja kemasyarakatan akan dapat meringankan bebanan semua
pihak baik keluarga, masyarakat mahupun negara.
Aktiviti seumpama ini amat dituntut oleh Islam. Bila kita bercakap tentang
kebajikan ahli masyarakat yang lain, biasanya kita akan terbayangkan
usaha-usaha untuk mencukupkan keperluan golongan yang tidak berada atau yang
berada dalam kesusahan dan yang ditimpa musibah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Walaupun Islam menggalakkan umatnya
terlibat dalam aktiviti sukarelwan ini namun dari segi sambutan di kalangan
masyarakat masih kurang menggalakkan. Justeru itu diharapkan ada kesedaran di
kalangan kita untuk turut sama memberi bantuan dalam kerja-kerja sukarela.
Secara tidak langsung kita dapat menggunakan masa dengan aktiviti yang
berfaedah. Beberapa kemahiran asas seperti menyelamat, pertolongan cemas dan
melawan kebakaran diajar kepada orang awam oleh Jabatan Pertahanan Awam. Di
setiap daerah di negeri Perak terdapat pejabat Pertahanan Awam yang membolehkan
masyarakat menimba ilmu dan kemahiran asas tersebut. Dengan kemahiran tersebut
membolehkan masyarakat membantu mereka yang memerlukan. Firman Allah SWT surah
al-Anfal: 72
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ
شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ
النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Mafhumnya : “Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada
jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya
menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. dan orang-orang
yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun
untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka meminta
pertolongan kepada kamu Dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama,
maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia
di antara kamu Dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa yang
kamu lakukan”
Rasulullah SAW. menggalakkan umatnya untuk
melakukan kebajikan kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW berbunyi
خَيرُ الناسِ أنفَعُ لِلنَاس
Bermaksud : “Yang paling disukai Allah SWT ialah
mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.
Tingkahlaku yang paling disukai ialah yang
menggembirakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya atau
melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya dari kelaparan.”
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Sedekah itu
wajib atas setiap orang Islam. Seorang sahabat bertanya, `Jika ia tiada apa
yang hendak diberi?’ Jawab baginda SAW, `Hendaklah ia bekerja dan bila dapat
duit, sedekahkanlah sebahagiannya.’ Sahabat itu bertanya lagi, `Jika ia tidak
boleh bekerja?’ Jawab baginda SAW,
`Tolonglah orang miskin yang dalam kesusahan.’
‘Kalau ini juga tidak dapat ia
lakukan?’ tanya sahabat itu lagi. Baginda SAW menjawab, ‘Beri nasihat untuk
berbuat baik.’ Sahabat itu bertanya, ‘Jika itupun tidak dapat dilakukan?’ Jawab
baginda SAW, ‘Janganlah ia melukakan hati orang lain – itulah sedekahnya.’ ”
Hadis ini menunjukkan bahawa sedekah atau
amal soleh itu tidak terhad kepada memberi wang semata-mata tetapi juga
membantu orang yang dalam kesusahan, memberi nasihat untuk kebaikan dan tidak
melukakan hati orang lain. Selain itu, ketiadaan wang bukanlah alasan terbaik
untuk tidak bersedekah.
Malah, Rasulullah menuntut agar kita berusaha untuk
mencari kerja agar sebahagian dari hasilnya dapat kita dermakan. Malah, kita
juga teringat dalam satu hadis yang lain di mana menolong orang adalah sedekah.
Baginda SAW menyebut bahawa senyum itu merupakan satu sedekah.
Apabila kita bercakap tentang aktiviti
sukarela ini, unsur-unsur berikut adalah penting.
Pertama, aktiviti tersebut dilakukan secara
sukarela tanpa dipaksa.
Kedua, aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan
untuk orang lain.
Ketiga, aktiviti yang dilakukan itu merupakan
sesuatu yang baik misalnya memberi khidmat bakti atau membimbing ke arah
kebaikan.
Keempat : aktiviti ini dilakukan secara
berorganisasi dan bukannya bersendirian.
Dalam sejarah masyarakat Islam yang awal
dahulu, kita dapati bahawa aktiviti seumpama ini menjadi sebahagian daripada
kehidupan mereka.
Pada waktu itu, aktiviti kesukarelaan, baik dalam bentuk
bantuan kewangan mahupun perkhidmatan memainkan peranan yang besar di Madinah.
Masjid Nabawi di Madinah misalnya, dibina oleh orang-orang Islam yang secara
sukarela ingin menyumbang tenaga ke arah pembinaan masjid tersebut. Begitu juga
dengan sikap golongan Ansar yang secara sukarela membantu golongan Muhajirin
dengan memberikan tempat tinggal, makanan serta berbagai keperluan lain,
sehingga golongan yang berhijrah itu dapat mencari pekerjaan dan membina hidup
baru.
Selain itu, berbagai peperangan menentang orang-orang kafir Mekah telah
dianggotai oleh tenaga askar sukarela, yang terdiri dari kaum lelaki dan
wanita. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa masyarakat Islam yang awal itu dibina
berasaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang disumbang secara sukarela
sehingga tertubuhnya perbendaharaan awam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Hubungan keinsanan ini penting disuburkan
dalam diri kita. Jadikanlah kerja sukarela ini sebagai satu pentas untuk
menyatakan rasa syukur kita terhadap segala nikmat yang Allah SWT berikan.
Gunakan nikmat dan rezeki yang diberi oleh Allah SWT untuk membantu mereka yang
memerlukan.
Justeru itu marilah kita sama-sama ingat
akan janji Allah bahawasanya jika kita bersyukur, Dia akan menambah
pemberianNya. Kita bimbang jika kita lupa bersyukur, Allah akan menarik semula
nikmat yang diberikannya ini. Minta dijauhkan dari kita semua.
Dalam hal ini apa yang perlu kita lakukan sebagai anggota
masyarakat di negara ini ialah memberikan kerjasama yang padu dan erat kepada
pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan menyertai pasukan sukarela
supaya kita mempunyai pengetahuan asas
untuk menyelamatkan diri sendiri dan orang tersayang serta membantu orang lain
ketika mereka memerlukan.
Firman Allah dalam surah ali Imran: 104
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى
الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (آل عمران :104)
“dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara
Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan
mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ
إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ
بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ
وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ
وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ
بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ
كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ
سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى
الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله
يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا
اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ
فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا
تَصْنَعُونَ
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan