17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUBANG PASU - “Senyuman yang dilemparkan olehnya masih tergambar di fikiran saya.” Itulah luahan seorang ibu, Sum Ali, 61, dari di Kampung Tok Pendik selepas bermimpi anaknya yang hilang sejak Disember lalu pulang.
Menurut Sum, sejak kehilangan anaknya, Yazli Ramli, 42, orang kurang upaya (OKU), dia menjadi buntu dan kebingungan apabila usaha untuk mencari anaknya sehingga kini belum ditemui.
"Sejak kehilangannya, sudah dua kali laporan polis dibuat namun sehingga kini makcik masih belum menerima apa-apa berita.
“Sehinggakan mak cik pernah bermimpi Yazli pulang ke rumah dengan tersenyum namun kegembiraan ini hanya sementara apabila makcik terjaga dari tidur," katanya.
Tambahnya, apa yang dirisaukan Sum adalah tentang keselamatan anaknya.
“Mak cik tidak tahu kaedah sepertimana yang perlu digunakan lagi untuk mengesan anak (Yazli) kerana gambarnya sudah diedar di merata tempat namun masih gagal dijejaki.
“Siang malam mak cik berdoa agar anak berjaya ditemui. Kemungkinan inilah jalan terakhir yang perlu dilakukan dan majlis doa selamat turut diadakan,” katanya ketika ditemui.
Sum berkata, setiap kali mendengar berita mengenai terjumpa mayat dia akan bertindak ket empat kejadian untuk mengesahkan sekiranya yang ditemui itu adalah anaknya.
“Ibu mana tidak sayangkan anak. Walaupun keadaannya sebegitu mak cik tetap menyayanginya sepertimana anak-anak lain,” katanya.
Katanya, setiap hari dia datang ke rumah Yazli yang bersebelahan rumahnya bagi melihat jika anak pulang tanpa pengetahuannya.
Orang ramai yang pernah melihat ataupun mempunyai maklumat mengenai gadis berkenaan diharap dapat menghubungi Sum di talian 012-5844008.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan