17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
TANAH MERAH: Kewujudan Kawasan Keselamatan Khas
Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dibimbangi ada kaitan dengan elemen lain,
dan bukan semata-mata menangani isu keselamatan.
Bekas pegawai kanan tentera, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid meluah kebimbangan itu pada Himpunan Wira bersama rakyat Jeli di Batu 11, malam tadi.
Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM itu berkata, pentadbiran ESSCOM tersebut membabitkan sebanyak 10 kawasan parlimen di Sabah.
“Dibimbangi mungkin ada tujuan lain selain aspek keselamatan berikutan pencerobohan di Lahad Datu,” katanya di hadapan ribuan yang hadir, ramai bekas tentera. Lokasi ceramah tidak jauh daripada Kem 301.
Hadir sama bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, bekas Panglima Markas Logistik Udara, Brig Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al Khatab dan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad, Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kob dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Sufly Abdul Razak.
Pada ceramah itu juga seramai 48 bekas tentera menyerah borang menyertai Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Sekretariat Malaysia (Kerabat) Cawangan Kelantan.
Kerabat Kelantan diketuai Mejar (B) Yusof Mat Ali juga hadir bersama anggota jawatankuasanya.
Pada 7 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan ESSCOM merangkumi kawasan pantai timur Sabah termasuk Kudat, Tawai, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Kerajaan juga mengumumkan akan melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif bagi menyelaras segala operasi keselamatan melibatkan tentera, polis, imigresen, Maritim Malaysia dan pelbagai lagi.
Abdul Ghafir pula mendakwa anggota risikan tentera tidak digunakan secara profesional, sebaliknya diperalat melaksanakan kerja-kerja politik.
Menurutnya, kerajaan yang diterajui Umno menggunakan khidmat risikan tentera bagi mengekalkan kuasa politik mereka sehingga ramai anggota risik dihantar ke Kelantan dan Terengganu.
“Sedangkan tugas sebenar anggota unit risikan memastikan keselamatan negara. Risikan tentera sepatutnya lebih awal tahu pencerbohan yang akan berlaku.
“Cuba bayangkan kerajaan mengambil tempoh sehingga 23 hari bagi menangani isu pencerobohan di Lahad Datu sehingga akhirnya menyebabkan ramai nyawa menjadi korban,” katanya.
HARAKAHDAILY/-

1 ulasan:
risika td sudah tahu perkara berikut tetapi laporan risik td tidak diterima oleh pihak polis dan pihak atasan....sebalik nya menerima laporan risikan polis yg noob..
Catat Ulasan