29 Mac 2013

Pengusaha putih mata, kereta lesap selepas dibaiki

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pengusaha putih mata, kereta lesap selepas dibaiki

Low Man (kanan) menunjukkan kunci pendua laporan polis dan gambar Proton Satria yang diambil sehari sebelum lesap.
KUANTAN - Seorang pengusaha bengkel di Jalan Bukit Goh Batu 8 di sini bukan sahaja rugi RM1,266, namun kereta yang sudah dibaiki turut lesap.
 
Low Man,60 berkata, pada 23 Mac lalu, ada seorang pelanggan berusia lingkungan 30an datang ke bengkelnya untuk membaiki sebuah Proton Satria berwarna hitam.
 
Menurutnya, setelah membaiki kereta tersebut dia menelefon lelaki itu untuk mengambil kereta dengan bayaran sebanyak RM1,266.
 
“Setelah lelaki itu datang, dia meminta untuk mencuba kereta berkenaan dan memberitahu seorang rakannya akan datang ke bengkel untuk menjelaskan bayaran.
 
“Namun, disebabkan rakannya tidak datang, kereta tersebut tidak dibawa pulang serta diletakkan di pekarangan bengkel saya," katanya.

Bagaimanapun kata Low Man, ketika dia datang untuk membuka bengkel padi semalam (kelmarin) pada jam 8 pagi, didapati Proton Satria itu tidak ada di tempat yang diparkir.

Beliau percaya, kereta itu sudah dilarikan lelaki tersebut apabila tiada perkakas lain yang hilang selain Proton Satria berkenaan.
 
“Sejak lelaki itu datang ke bengkel, saya mula rasa tidak sedap hati sehingga mendorong saya mengambil mengambil gambar kereta tersebut.
 
“Tidak sangka pula, hari ini kereta itu lesap dengan pagar bengkel saya turut mempunyai kesan dipotong,” katanya.

Low Man kemudiannya membuat membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan.
 
Hasil maklumat awal, pihak polis mendapati nombor pendaftaran kereta tersebut adalah palsu dan Proton Satria itu dipercayai kereta curi.
 
Sehubungan itu, Low Man berharap agar mereka yang melihat kereta tersebut agar segera melaporkan kepada balai polis terdekat.
 
“Selama 30 tahun saya usahakan bengkel, ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku," katanya.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: