19 April 2013

2 maut kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SEREMBAN - Dua maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan kemudiannya dirempuh sebuah kenderaan berat dari arah belakang, di kilometer 245.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini, pagi ini.
   
Pemandu kereta Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, dan penumpangnya Lt Kol (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, meninggal dunia di tempat kejadian pada kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu
   
"Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan jatuh atas jalan, di lorong kanan, sebelum dipercayai dirempuh beberapa lagi kenderaan menyebabkan kepala mereka hancur," kata jurucakap polis.
   
Beliau berkata siasatan awal mendapati impak kemalangan itu mengakibatkan enjin tercabut dan kereta mangsa terbakar sepenuhnya.
   
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.
   
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
   
Saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Insp Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033394.  - Bernama

1 ulasan:

Kajian Al-Quran berkata...

Salam,

Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT (komputer) yang hebat seperti wireless communication, artificial intelligence (AI), knowledge base (KB), secursive, teori Einsteins E=mc2, teori evolusi, dan sebagainya.

maklumat lanjut http://kajian-quran.blogspot.com/

Terima kaseh.