19 April 2013

Penuntut IPTA mati dipercayai lemas

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Seorang gadis ditemui mati dipercayai lemas ketika mandi di kolam renang sebuah kolej swasta, di Jalan Universiti, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kira-kira jam 6.30 petang, mangsa, penuntut jurusan Sains Teknologi daripada sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bersama rakan-rakannya dikatakan mandi di situ.

Bagaimanapun, mangsa berusia 22 tahun yang tidak tahu berenang itu, dikatakan terhantuk tebing kolam ketika mandi sebelum tenggelam dan lemas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berkenaan.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan pemeriksaan awal menunjukkan mangsa yang berasal dari Johor itu maut akibat lemas.

"Namun siasatan akan diteruskan  sekiranya mangsa ada sakit tertentu yang mungkin menjadi punca lemas dan kita juga masih menunggu keputusan laporan bedah siasat mangsa,

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sinar/-

Tiada ulasan: