19 April 2013

PAS dakwa Umno letak calon pernah sabotaj parti

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian dua tahun setengah kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno 2004.
PETALING JAYA: PAS mempersoalkan tindakan Umno meletakkan calon yang pernah sabotaj parti  itu bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei depan.

Calon BN parlimen Jempol Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian dua tahun setengah kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno 2004.
“Rakyat perlu nilai adakah pemimpin seperti ini mereka nak pilih?” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Selain meletakkan calon yang pernah sabotaj kepada parti, umno juga memberi kepercayaan kepada tokoh yang pernah kalah beberapa kali dalam pilihan raya sebelum ini.
Di Kelantan antara mereka ialah Datuk Mansor Salleh di parlimen Tumpat; Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Kota Baru); Datuk Awang Adek Hussin (Bachok) dan Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).
Di parlimen Pendang, Barisan Nasional meletakkan naib pengerusi persatuan veteran Umno  Datuk Othman Abdul.
Manakala di  Selangor antara calon kitar semula ialah Rozaidah Talib di Ampang; Datuk Yap Pian Hon (Serdang) serta Datuk Dr Rahman Ismail yang akan bertanding di Gombak.
“Adakah mereka tidak ada calon-calon lain selain tokoh yang sudah beberapa kali kecunndang tu?
“Ke mana anak-anak muda Umno dan BN yang sepatutnya di ketengahkan sebagai calon.” tanya Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau lagi, sangat jelas Umno hanya memilih calon yang sealiran dengan mereka iaitu yang pandai merapu.
FMT/-

Tiada ulasan: