19 April 2013

Pembubaran parlimen tidak sah, dakwa bekas pegawai kanan polis

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berkata,  sepatutnya parlimen terbubar sendiri pada 28 April ini.
Beliau berkata, berikutan itu penamaan calon yang dijadualkan esok dan mengundi pada 5.Mei hendaklah ditunda kepada satu tarikh lain dalam tempoh 60 hari selepas 28 April.
Beliau mendakwa, Najib tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Dalam bulan November 2011 beliau telah membawa kepengetahuan Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri secara bertulis berkaitan pembikinan afidavit palsu oleh Najib yang sekali gus mencetuskan persoalan kesahihan upacara majlis angkat sumpah jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-6, pada 3 April 2009.
Mat Zain berkata, beliau telah mengemukakan beberapa lagi surat terbuka berkaitan persoalan kesahan majlis angkat sumpahyang turut disalinkan kepada Najib, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPR dan lain-lain pihak berkuasa.
`Afidavit palsu’
“Perkara Najib mengangkat sumpah tidak mengikut sepertimana peruntukan Perlembagaan dan perkara beliau mengikrarkan afidavit yang boleh dibuktikan sebagai palsu, bukan lagi perkara rahsia, bahkan telah diketahui umum dan pihak berkuasa sejak November 2011.
“Sepatutnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membawa maklumat perkara pembikinan affidavit palsu oleh PM ini kepada kabinet dan merujukkan perkara kesahan angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan sejak akhir 2011 lagi,” katanya dalam surat terbuka kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof.
Mat Zain berkata demikian dipercayai mengulas keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Beliau mempersoalkan jika pengaduan berkaitan pemilihan parti DAP yang dibuat kepada ROS dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan perkara yang berlaku dalam bulan Disember 2012, boleh diberi keputusan kelmarin, mengapa pula persoalan perkara yang lebih penting mengenai Perdana Menteri dan negara, yang dikemukakan pada bulan November 2011 kepada KPN dan Menteri Dalam Negeri, tidak mereka hiraukan.
“Bukankah Hishammuddin ,Menteri Dalam Negeri yang mengawal ROS dan Polis ketika pengaduan dibuat adalah orang yang sama?” tanyanya..
Patut bawa ke kabinet
Sepatutnya Hishammuddin telah membawa maklumat perkara pembikinan afidavit palsu oleh Perdana Menteri  ini kepada kabinet dan merujukkan perkara kesahihan angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan sejak akhir 2011 lagi.
Rakyat berhak untuk mendesak kerajaan supaya menunjukkan sikap bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat secara terbuka hasil penyiasatan, khasnya mengenai persoalan kesahihan Najib melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6, berdasarkan aduan yang telah dikemukakan kepada kerajaan itu.
Menurut Mat Zain lagi, bagi Pengerusi SPR pula, sekiranya beliau mampu memberikan respon serta merta mengenai surat ROS kepada DAP itu, maka beliau seharusnya mampu menjawab persoalan bertulis yang diemail kepada beliau pada 15 April lalu mengenai sama ada PM patut  menggunakan nama Mohd.Najib sepertimana terdapat dalam daftar pemilih ataupun Najib sahaja, seperti yang PM ikrarkan dalam afidavit beliau, ketika mengisi borang penamaan calon.
“SPR perlu merujuk perkara ini dahulu kepada mahkamah yang telah menerima dan membuat sesuatu keptutusan kehakiman berkaitan dengan affidavit yang dikrarkan oleh PM itu,” katanya..
Ataupun, SPR  menolak borang pencalonan Najib bersandarkan butir peribadi beliau yang mengelirukan atau lain-lain jawapan yang munasabah, kata Mat Zain.
FMT/-

Tiada ulasan: