8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Sedang pemimpin wanita BN bersedih dan berdukacita di atas tindakan pemimpin tertinggi mereka tidak mengambil mereka sebagai calon pada PRU nanti, calon wanita Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Kelantan semakin bertambah.
Bukan hanya mengekalkan calon-calon wanita yang telah mencapai kemenangan sebelum ini, tetapi juga menambah calon baru.
Namun Ketua Wanita MCA Kelantan yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ng Yen Yen, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim antara pemimpin tertinggi wanita BN yang tidak dicalonkan pada PRU ini.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Norhasimah Deraman, ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menyifatkan Pakatan Rakyat terutama PAS lebih menghargai kaum wanita berbanding Umno dan BN.
Menurutnya, sebagai contoh di Kelantan, dahulu hanya tiga wanita yang dicalonkan iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, Wan Ubaidah Omar dan Rohani Ibrahim.
“Tetapi kini bekas anggota Dewan Negara yang telah tamat tempohnya selama dua penggal Mumtaz Md Nawi (gambar) juga telah dipilih sebagai calon dan juga mengekalkan calon yang ada,”ujarnya.
Ianya jelas membuktikan kepada semua siapa yang lebih perihatin terhadap wanita kalau bukan Pakatan Rakyat.
Tambahnya, suasana itu bukan hanya berlaku di Kelantan, sebaliknya di negeri-negeri lain termasuk Johor, Kedah, Perak dengan mengekalkan calon yang sebelumnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua kaum wanita di negara ini supaya lebih sedar tentang perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.
“Seharusnya Pakatan Rakyat yang perlu menjadi pilihan dan bukannya Umno dan BN,”ujarnya.
Harakahdaily/-
2 ulasan:
KALAU KERJA KUAT UNTUK DIPILIH??, BUKAN KERJA UNTUK ORANG RAMAI TAPI KERJA UNTUK DIRI SENDIRI!! ITU NAMANYA TIDAK IKHLAS
Dah hampir 50 thn baru lah Pas sedar pasal calon hok tino....ahah hahahah kata dulang paku swrpih kata org dia yg lebih
Catat Ulasan