19 April 2013

Samseng Umno rosakkan bendera PAS

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Berdera PAS bertaburan selepas dirosakkan oleh samseng)

TELUK INTAN: Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencabut dan merosakkan bendera dan poster parti-parti yang bertanding dalam PRU13 ini dan tidak hanya bertindak kepada para penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, bendera-bendera PAS yang dipasang di Kampung Bahagia dekat sini telah dicabut dan dipatahkan sekumpulan remaja penyokong BN.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kampung Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi hari setelah para petugas pilihan raya PAS memacakkan bendera-bendera tersebut di persimpangan Kampung Bahagia pada malam sebelumnya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: