AMMAN 18 April - Sebanyak 27 orang maut dalam serangan tentera
Presiden Bashar al-Assad bagi mengekang kemaraan pemberontak di sebuah
pangkalan tentera udara Syria berhampiran sempadan Lebanon, semalam.
Menurut para aktivis, dalam kejadian tersebut, anggota pemberontak
berjaya menggoyahkan pertahanan tentera Syria di Pangkalan Tentera Udara
Qusair selepas melakukan pengepungan selama sebulan.
Kawasan di sekitar pangkalan udara yang terletak kira-kira 14
kilometer dari Lembah Bekaa, Lebanon itu merupakan kubu kuat pro-Assad.
Aktivis berkata, tentera kerajaan kemudian membalas kembali serangan
tersebut dengan menggunakan roket serta serangan udara di kawasan
berkenaan. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan