18 April 2013

PAS dominasi kerusi Kedah, 4 Exco gugur

7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Empat Exco yang digugurkan ialah Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee, Tan Chow Kang dan Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak mencalonkan semula empat Exco kerajaan negeri Kedah, tiga daripada PKR dan PAS (1) untuk   bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .
Mereka adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee (Kulim), Tan Chow Kang  (Bakar Arang) dan Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Tanjung Dawai).
PAS Kedah terus mengekalkan status quo meletakkan 24 calonnya bertanding kerusi DUN, manakala PKR 10 kerusi. Menteri Besar Kerajaan Sementara Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak diumum kekal bertanding kerusi DUN Sungai Limau.
Sementara itu, spekulasi mengatakan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai calon Menteri Besar Kedah baru meleset apabila  namanya tidak disenaraikan sebagai calon DUN.
Sebaliknya, beliau hanya kekal mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena dan perlu menentang Setiausaha Politik Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak, Datuk Shahlan Ismail (calon BN).
Namun, berlainan pula dengan DAP Kedah apabila sehingga sekarang masih gagal menamakan calon mereka di negeri itu dan peruntukan  kerusi N11 Derga dan N13 Kota Darul Aman untuk DAP dibiarkan kosong.
Malah dilaporkan tiada wakil DAP Kedah hadir pada majlis pengumuman rasmi calon Pakatan Rakyat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di  Alor Setar malam semalam.
Selain Derga dan Kota Darul Aman, DAP sebelum ini pernah berhasrat untuk menambah lagi dua kerusi iaitu DUN Bakar Bata dan Bakar  Arang serta Parlimen Alor Setar.
Namun PKR terlebih dahulu sudah mengumumkan calon mereka di kawasan tersebut.
Senarai penuh
P004 Langkawi – Ahmad Abdullah (PKR)
N01 Ayer Hangat – Zubir Ahmad (PAS)
N02  Kuah – Datuk Ahmad Kassim (PKR)
P005  Jerlun – Dr Ismail Salleh (PAS)
N03  Kota Siputeh – Ismail Wan Teh (PAS)
N04  Ayer Hitam – Abdul Ghani Ahmad (PAS)
P006  Kubang Pasu – Mohd Jamal Nasir (PAS)
N05 Bukit Kayu Hitam – Nasrul Omar Che Mansor (PKR)
N06 Jitra – Dr Rohani Abdul Mutalib (PAS)
P007  Padang Terap – Mohd Nasir Zakaria (PAS)
N07  Kuala Nerang – Syed Ibrahim Syed Omar (PAS)
N08  Pedu – Ir Zamri Jusoh (PKR)
P008   Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar (PAS)
N09 Bukit Lada – Ahmad Izzat Mohamad Shauki (PAS)
N10  Bukit Pinang – Wan Romani Wan Salim (PAS)
N11  Derga – (DAP)
P009  Alor Setar -  Gooi Hsiao Leung (PKR)
N12  Bakar Bata – Mohd Ikmal Ahmad (PKR)
N13  Kota Darul Aman – (DAP)
N14  Alor Mengkudu – Ahmad Yahaya (PAS)
P010  Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (PKR)
N15  Anak Bukit – Datuk Amiruddin Hamzah (PAS)
N16  Kubang Rotan – Mohd Nasir Mustafa (PAS)
N17  Pengkalan Kundur – Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS)
P011  Pendang – Mohamad Sabu (PAS)
N18  Tokai – Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS)
N19  Sungai Tiang – Fadzil Baharum (PAS)
P012  Jerai – Firdaus Jaafar
N20  Sungai Limau  – Datuk Seri Azizan Abdul Razak
N21  Guar Chempedak – Musoddak Ahmad
N22  Gurun – Salma Ismail (PKR)
P013  Sik – Che Uda Che Nik (PAS)
N23  Belantek – Abu Bakar Bakilani (PAS)
N24 Jeneri – Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)
P014  Merbok – Norazlina Suri (PKR)
N25  Bukit Selambau – Dr Krishnamurthy (PKR)
N26 Tanjung Dawai – Fakruddin Fakhrurazi (PAS)
P015  Sungai Petani – Johari Abdul (PKR)
N27  Pantai Merdeka – Abdullah Jusoh (PAS)
N28  Bakar Arang – Ooi Tze Min (PKR)
N29  Sidam – Dr Robert Ling (PKR)
P016 Baling  – Brig Gen (B) Datuk Najmi Ahmad (PAS)
N30  Bayu – Mahmud Yaakob (PAS)
N31 Kupang – Johari Abdullah (PAS)
N32  Kuala Ketil – Md Zuki Yusuf (PAS)
P017 Padang Serai – N Surendran (PKR)
N33  Merbau Pulas – Datuk Siti Aishah Ghazali (PAS)
N34  Lunas – Azman Nasrudin (PKR)
P018 Kulim Bandar Baharu – Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
N35 Kulim – Chu Mau Nian (PKR)
N36 Bandar Baharu – Mohd Khairi Mohd Salleh (PAS)
FMT/-

Tiada ulasan: