18 April 2013

Hakim hukum diri sendiri

7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Raymond Voet
Raymond Voet
IONIA - Seorang hakim menjatuhkan hukuman kepada dirinya sendiri dengan membayar denda AS$25 (RM76) apabila beliau menghina mahkamah selepas bunyi telefon pintarnya mengganggu perbicaraan dikendalikannya di Mahkamah Michingan, Amerika Syarikat.

Media tempatan melaporkan, Raymond Voet sebelum ini melaksanakan peraturan bahawa pemilik peralatan elektronik akan dikenakan tindakan menghina mahkamah jika gajet mereka mengeluarkan bunyi sekali gus mengganggu perbicaraan.

Namun, Jumaat lalu, telefon pintar baru beliau berbunyi ketika sedang menghakimi perbicaraan.

“Mahkamah adalah tempat yang perlu dihormati. Saya melanggar undang-undang dan saya perlu hidup dalam peraturan,” katanya dalam laporan AP

Semasa waktu perbicaraan berhenti rehat, Voet menjatuhkan hukuman menghina mahkamah terhadap dirinya sendiri dan membayar denda tersebut.

sinar/-

Tiada ulasan: