18 April 2013

Angka kematian H7N9 di China 16 orang

Angka kematian H7N9 di China 16 orang7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Pesakit diberi rawatan dan kawalan rapi bagi mengelakkan penularan wabak H7N9 di Shaghai.
SHANGHAI -  Virus selesema burung H7N9 meragut dua lagi nyawa dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 16 orang, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, China mengesahkan 77 orang dijangkiti virus berkenaan sejak dua minggu lalu.
"Wabak itu kian menular dan membimbangkan. Penyakit itu menyerang manusia buat kali pertama di China dan tidak mustahil turut merebak ke negara jiran," menurut laporan AFP.

Virus terbaru itu dikesan di timur bandar Shanghai, Zhejiang, Jiangsu dan Anhui sehingga Sabtu lalu dengan kes pertama dilaporkan di Beijing.

Ia kemudiannya merebak ke tengah wilayah Henan apabila dua kes dilaporkan Ahad lalu.

sinar/-

Tiada ulasan: