18 April 2013

‘Khalid menang mudah ke atas Zulkifli Noordin’

7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Tan Sri Aziz Shamsuddin yang bertanding pun kalah, apa lagi Zulkifli.
PETALING JAYA: Calon PAS, Khalid Samad dijangka menang mudah ke atas Datuk Zulkifli Noordin dari Umno dalam pilihan raya ke 13 Mei ini.

Ramalan ini dibuat oleh Naib Pengerusi 1, PKR Selangor  Dr. Xavier Jayakumar ketika ditemui di Kota Raja dekat sini, hari Selasa lalu.
Beliau juga mendakwa Umno negeri menghadapi kekecohan ekoran hanya lapan penyandang jawatan yang dikekalkan untuk pilihan raya ini.
“Pada 2008, Tan Sri Aziz Shamsuddin yang bertanding pun kalah, apa lagi Zulkifli. Dia tidak ada pengaruh tetapi ekstrem.
“Mana-mana kaum tidak mahu dengan ekstrem,” katanya.
Dr Xavier yang akan mempertahankan kerusi negeri Sri Andalas berkata, bertanya, mengapa Umno meletakkan Zulkifli bertanding di kawasan Melayu.
“Kira-kira 85 peratus pengundi Shah Alam merupakan berpendapatan pertengahan, mereka tidak akan beri undi kepada Zulkifli,” tambah beliau lagi.
Beliau juga menjelaskan Pakatan Rakyat akan menang 36 kerusi negeri di Selangor, pada pilihan raya tahun ini.
Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dalam pilihan raya umum 2008 selepas menang 35 kerusi.
Suruhanjaya menetapkan hari penamaan calon ialah Sabtu ini dan mengundi pada 5 Mei.
FMT/-

Tiada ulasan: